Connect with us

Sambut Hari Raya Dan Piala Dunia Bersama Team Kesukaan Korang

Branded

Sambut Hari Raya Dan Piala Dunia Bersama Team Kesukaan Korang

Kehangatan Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia semakin membara! Walaupun pasukan Malaysia masih tidak layak sehingga kini, tetapi team Ohmedia tetap tak akan lepaskan peluang untuk meraikan acara sukan paling besar dunia ini. Team favourite kami sudah pastinya England. Team kegemaran korang apa agaknya ye?

Piala Dunia kali ini nampaknya lebih menarik apabila kita juga meraikan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri. Kita pun sedia maklum yang perlawanan Piala Dunia kali ini dapat ditonton di RTM. Untuk pengetahuan korang, Maxis adalah penaja utama siaran Piala Dunia 2018 di RTM yang akan membawakan kepada kita untuk menonton 41 perlawanan daripada 64 perlawanan secara percuma.

Melalui penajaan dari Maxis ini, kita akan dapat menikmati 27 live streaming dan 14 streaming bagi siaran tertangguh. Terbaiklah!! Bukan senang nak dapat layan Piala Dunia secara percuma ni kan? Terima kasih Maxis dan Malaysia baharu!!

Bukan setakat itu saja, Maxis melalui aplikasi MyMaxis, Hotlink RED dan Hotlink Flex juga telah menawarkan 1 pass perlawanan dengan hanya serendah RM1 ringgit untuk setiap perlawanan dan korang dapat tonton kesemua 64 perlawanan secara langsung dalam ‘full HD’ di aplikasi Astro Go. Jadi lepas ni, bolehlah layan semua perlawanan walaupun sibuk berjalan raya, haha.

Untuk cara-cara penggunaan Astro Go memang cukup mudah. 

  1. Install aplikasi MyMaxis, Hotlink Red atau Hotlink Flex. Kemudian di dalam aplikasi tersebut, tekan logo Maxis Bola Raya. 
  2. Pilih pass perlawanan pilihan korang dan sahkan pembelian. 
  3. Kemudian korang akan menerima kupon kod melalui MyMaxis dan SMS. 
  4. Masuk link ni dan login atau register, kemudian tebus kupon kod. 
  5. Selesai dan layan perlawanan Piala Dunia di aplikasi Astro Go.

Paling menarik adalah bila korang juga akan dapat data internet 4G Maxis secara PERCUMA wehh….! Jadi apa lagi korang nak? Lepas ni dah tak perlu risau lagi, sebab korang boleh layan perlawanan bila-bila masa, di mana sahaja tanpa memikirkan data kering.


Tidak cukup dengan itu, kami memang cukup tertarik apabila Maxis juga menyediakan satu aplikasi melalui Maxis Bola Raya yang membolehkan kita menyambut semangat raya bersama keluarga dengan berbaju raya dan jersey bola kegemaran dalam masa yang sama.

Maxis Bola Raya app telah mewujudkan AR ‘jersey’ pertama yang korang boleh dapatkan secara percuma di ‘play store’ atau ‘apple store’. So, team kami bolehlah bergaya memakai jersey bola kegemaran walaupun lengkap berbaju melayu, haha.


Apa korang pening kepala lagi tu? Pastikan korang sudah bersedia untuk menghadapi detik-detik berharga ini bersama team yang hebat dan bersemangat. Untuk makluman lanjut, korang boleh terus ke website Maxis untuk tahu lebih lanjut tentang Maxis Bola Raya.



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

To Top