Connect with us

Oh! Media

Salah Bagi Komen Tentang Akan Dijual Tinggalkan Anfield

Trending

Salah Bagi Komen Tentang Akan Dijual Tinggalkan Anfield

Mohamed Salah nak kena jual? Persoalan ini secara tiba-tiba timbul apabila ada undian yang meletakkan nama Salah sebagai nama pemain yang turut akan dijual dan dibeli pasukan lain untuk musim hadapan di media sosial.

ADVERTISEMENT

Undian yang dilakukan di Instagram itu meletakkan gambar bintang Liverpool itu dengan pilihan simpan atau jual dan pengikut perlu memberikan pendapat mereka.

Apa yang menarik perhatian, undian itu turut mendapat komen dari Salah sendiri yang hanya meletakkan 3 emoji ketawa.

Walaupun mungkin undian ini hanya sekadar gurauan, Ejen Salah iaitu Ramy Abbas turut memberikan penjelasan mengenai perkara ini.

Pada musim 2018/19 M Salah adalah penjaring terbanyak di Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara. Musim ini M Salah adalah penjaring terbanyak pasukan di Liga Perdana dan Liga Juara-Juara. Sejak menyertai Liverpool FC pada tahun 2017, M Salah tidak pernah terlepas gelaran Kasut Emas… dan dia bukan CF (penyerang utama). – Jelasnya.

Tapi Ohmedia rasa, kalau Salah kena beli dengan Manchester United bagus juga. Mesti aksi dia lagi cemerlang kan? Haha!

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Salah di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas