Connect with us

Oh! Media

Huawei P20 Pro – Smartphone Dengan Kamera Paling Awesome Pernah Ohmedia Gunakan!

Branded

Huawei P20 Pro – Smartphone Dengan Kamera Paling Awesome Pernah Ohmedia Gunakan!

sekali lagi mengejutkan pengguna smartphones seluruh dunia apabila memperkenalkan flagship smartphones mereka yang terbaru iaitu Huawei P20 & Huawei P20 Pro. Semua orang tahu macam mana Huawei sebelum ini menggemparkan dunia kamera pada smartphones melalui Huawei P9 dan P10 mereka, kali ini lebih hebat lagi apabila Huawei P20 Pro tampil dengan 3 kamera dibahagian belakang dan dilengkapi dengan teknologi AI yang tiada pada smartphones lain.

Ciri utama yang menjadikan Huawei P20 ni bualan ramai adalah kerana smartphones ini telah berjaya memfokuskan kepada teknologi kamera yang amat awesome sehinggakan kita sebagai pemilik dapat mengambil gambar dan menghasilkan gambar seperti seorang photographer hebat tanpa memerlukan kelengkapan yang mahal.

Ciri popular pada Huawei P20 Pro yang tak ada pada smartphones lain adalah seperti berikut;

1. Triple Leica Lenses (Smartphones dengan 3 kamera pertama di dunia)
2. 40MP sensor with pixel-binning technology (menghasilkan gambar low-light yang cantik)
3. Master AI Photography (mengesan objek dan scene secara auto)
4. Low-light Photography (walaupun secara handheld sahaja tanpa perlu tripod)
5. ISO (sehingga 102400)
6. Aperture yang besar untuk capture lebih banyak cahaya (f/1.8, f/1.6 dan f/2.4 wide aperture sensor pada Huawei P20 Pro manakala f/1.8 dan f/1.6 pada Huawei P20)
7. 5x Hybrid Zoom (Pertama kali smartphones boleh zoom sehingga 3x Optical Zoom dan 2x Digital Zoom)

8. 960fps Super Slow Motion (Kebolehan untuk mengambil video slomo sehingga 960fps.
9. 4D predictive focus (kebolehan camera mengesan objek yang sedang bergerak untuk menghasilkan gambar yang tetap cantik dan tajam). Tambah memudahkan dengan kehadiran fungsi Ultra Snapshot pada Huawei P20, kita boleh mengambil gambar sepantas 0.03 saat dengan menekan butang kuasa (power button) sebanyak 2 kali walaupun phone berada dalam keadaan terkunci. Laju gila!
10. Leica Color Temperture Sensor (Menghasilkan warna yang lebih menarik dan best nya bila korang boleh adjust sendiri ikut suka hati).

Minggu lepas Ohmedia sendiri pun dah beli satu set Huawei P20 Pro dan telah banyak yang kami kongsikan di Instagram. Ramai yang teruja bila tengok gambar yang terhasil dari Huawei P20 Pro ni. Paling Ohmedia suka, bila P20 ni dilengkapi dengan AI jadi bila korang gunakan kamera dia ambil gambar makanan, P20 secara automatik tahu yang kita nak ambil gambar makanan dan dia secara sendiri akan menetapkan kamera kepada mode “Food” agar gambar makanan yang diambil kelihatan lebih menyelerakan.

Begitu juga bila kita cuba ambil gambar dengan fokus jarak dekat, AI pada P20 akan mengubah mode kamera kepada “Close Up” agar gambar yang diambil lebih jelas dan tajam. Selain itu features Night Shot yang ada pada P20 ni mampu menghasilkan gambar malam yang begitu jelas.

#OhmediaNewToy: Huawei P20 Pro. Keunikannya terletak pada kamera kerana dilengkapi dengan Leica Triple Camera (with AI) kat belakang. 3 biji kamera wei kat belakang iaitu yang pertama di dunia. Fuuuu, over betul Huawei ni. 😂 . Kamera paling atas adalah telephoto lens dengan 8MP 3x zoom, f/2.4, OIS. Kamera yang tengah tu pula adalah kamera utama dengan 40MP RGB 1/1.7in type sensor, f/1.8 dan 5x hybridzoom. . Kamera paling bawah tu pulak apabenda? Itu adalah 20MP monochrome, f/1.6 yang menghasilkan gambar monochrome Leica. . Gandingan ketiga-tiga lens ni menjadikan di atas kertas, kamera P20 Pro adalah paling teratas dalam senarai tapi in real use Galaxy S9+ masih diakui sebagai kamera terbaik pada smartphones setakat hari ini. Tapi untuk lowlight memang tempat yang gelap boleh jadi terang dan cantik dengan P20 Pro ni bila korang gunakan mode night shot dia. . Orang perempuan marah kalau tak cerita pasal kamera depan. Haha. Kamera depan menyokong sehingga 24MP, f/2.0 yang membolehkan lepas selfie boleh la korang zoom kira bulu hidung sendiri. Hahaha! Selfie kamera dia memang cantik. Kalah iPhone X dan S9+ pun. . P20 Pro ini adalah phone keluaran Huawei paling canggih yang ada di pasaran pada hari ini. Siap ada AI lagi kat dalam yang akan banyak bantu senangkan korang tak perlu lagi setting ini itu. . Dilengkapi dengan storage 128GB, 6GB of RAM, dan dikuasakan processor HiSilicon Kirin 970, ini merupakan smartphones Android dengan spec sangat menawan yang wujud di pasaran hari ini. . Harga bagi Huawei P20 Pro ni adalah RM3,300 di Malaysia. Banyak dapat free gift siap dapat sekali Huawei VIP card lagi yang cover kalau skrin pecah segala. . Free gift banyak2 tu ikut kedai juga la. Kebetulan #Ohmedia ada di Port Dickson, jadi P20 Pro ni kami beli di PD Waterfront. Bagus kedai kat situ sebab seller kat KL pun belum tentu mampu bagi free gift banyak gila macam kedai tu. Hehe. . So camne bila compare kamera dan keseluruhan dengan iPhone X, Galaxy Note 8, dan Galaxy S9+ agaknya ya? Review penuh menyusul di website www.ohmedia.my dalam sehari dua ini. Rajin-rajin juga tengok Instastory @ohmedia ya. . 📷 Galaxy Note 8 #Huawei #OhmediaHuawei #HuaweiP20Pro #P20Pro #Leica
A post shared by Oh! Media Network 🔥 (@ohmedia) on

Apa yang buat Huawei P20 ni cukup hebat gambar malam yang cukup jelas ini diambil tanpa perlu menggunakan tripod!! Hanya dengan hand-held sahaja dan Ohmedia percaya dari pelbagai smartphones yang dah kami cuba, ini pertama kali kami rasa teruja dengan gambar malam yang diambil menggunakan sebuah phone!! Huawei memang power!

Ini contoh gambar yang sempat Ohmedia ambil untuk berkongsi dengan korang;

40 Megapixel!!

Rasanya kami patut highlight tentang ini kerana siapa sangka sebuah smartphones boleh mengambil gambar sehingga resolusi 40mp!! Dari ujian Ohmedia sendiri bila kami bandingkan dengan phone lain seperti iPhone X dan Galaxy S9+, gambar dari Huawei P20 Pro yang kami gunakan ini kelihatan jauh lebih jelas bila di zoom dan itu sememangnya satu kelebihan apabila memiliki sebuah smartphones yang menyokong saiz gambar sehingga 40mp.

Huawei P20 dan P20 Pro juga telah mencatatkan markah tertinggi dalam senarai DxOMark sebanyak 109 (P20 Pro) dan 102 (P20) kerana mampu menghasilkan gambar yang mengagumkan untuk sebuah smartphones walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Ia merangkul dalam kedua-dua kategori iaitu gambar dan video. Huawei P20 Pro sangat baik dalam cahaya rendah ketika zoom, tempat yang gelap, dan simulasi bokeh. Ini menjadikan ia sistem terbaik yang pernah dimuatkan ke dalam smartphones.” kata DxOMark.

Seterusnya, bagi rakaman video pula, Huawei P20 Pro mampu merakam sehingga resolusi 4K sehingga korang dapat hasil video yang cantik dan lancar walaupun ketika berlari. Bagaimanapun dari penggunaan Ohmedia, video tidak distabilkan ketika rakaman 4K dibuat jadi kami lebih memilih untuk merakamkan video dalam saiz FHD dan 2K sahaja. Tambah lagi, ia juga boleh melakukan video gerak perlahan pada 960fps dan ini cukup melengkapkan lagi sistem kamera canggih pada P20 Pro dan P20.

Bagaimana dengan gaming, editing, dan sebagainya pada Huawei P20? Jangan risau kerana 6GB RAM + 128GB Storage pada P20 Pro manakala 4GB RAM + 128GB Storage pada P20 membolehkan korang lakukan semua tu dengan cukup mudah dan lancar.

Huawei P20 dan P20 Pro didatangkan dengan beberapa pilihan warna seperti Hitam dan Biru, tapi ada 2 warna lagi yang lebih menarik iaitu Pink Gold dan Twilight. Kedua-dua warna ini mempunyai “gradient effect” yang memjadikan warnanya seakan berubah-ubah bila dilihat dari pelbagai posisi. Bagaimanapun Pink Gold tidaklah memberikan “gradient effect” sehebat Twilight yang sangat popular ketika ini di seluruh dunia.

Warna Twilight untuk P20 Pro ini hanya boleh dimiliki di flagship store Huawei yang terletak di Pavilion sahaja

Review lanjut korang boleh tengok di website VMALL atau follow @ohmedia di Instagram.



Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas