Connect with us

Oh! Media

(Video) Disebabkan ‘Tripping Jump Challenge’ Di Tiktok, Seorang Remaja Menemui Ajal

Trending

(Video) Disebabkan ‘Tripping Jump Challenge’ Di Tiktok, Seorang Remaja Menemui Ajal

Korang pernah dengar tak permainan Tripping Jump Challenge yang sedang tular di media sosial terutamanya Tiktok? Ohmedia cuma nak pesan sikit lah dekat korang, lebih baik korang jangan ikut benda yang tengah trend sebab challenge ni telah menyebabkan seorang remaja maut tau!

ADVERTISEMENT

Seorang remaja yang bernama Emanuela Medeiros berusia 16 tahun menemui ajalnya selepas mengalami kecederaan yang serius di kepala akibat hentakan yang sangat kuat di lantai sekolahnya yang terletak di Mossoro, Rio.




Kalau korang nak tahu, Tripping Jump Challenge ni melibatkan tiga orang untuk melompat dan orang yang berada di tengah akan menjadi mangsa untuk dijatuhkan. Setiap video challenge yang Ohmedia tengok ni memang menyakitkan dan bahaya betul kalau sesiapa jadi orang tengah tu.

Bukan apa, kalau badan korang jatuh dulu okay lagi tau tetapi kalau di kepala? Tak pasal-pasal anak orang lain maut disebabkan perbuatan korang yang tak fikir panjang tu. Sama kejadian seperti mangsa ini, bila kakinya disandung oleh dua rakan sekolahnya sehingga jatuh, mangsa mengalami trauma di kepala tau.

Korang nak main aplikasi Tiktok ni memang boleh sebab tak ada siapa nak halang tetapi janganlah sampai membahayakan nyawa orang lain. Bukan apa, hidup hanya sekali gais. Bukannya boleh hidup berkali-kali macam dalam filem The Jumanji.

OHMEDIA: JANGAN DISEBABKAN ‘TREND’, ORANG LAIN YANG JADI MANGSA

Sumber: Borak Daily | Youtube

+ Baca respon pembaca sayang nyawa di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas