Connect with us

Raja Thailand Dikatakan Kuarantin Diri Bersama 20 Gundik Di Sebuah Hotel Mewah Jerman

Oh! Tidak

Raja Thailand Dikatakan Kuarantin Diri Bersama 20 Gundik Di Sebuah Hotel Mewah Jerman

Sama seperti Agong dan Permaisuri kita yang kini dikuarantin selama 14 hari kerana wabak COVID-19, Raja Thailand Maha Vajiralongkorn turut dilaporkan telah mengkuarantinkan dirinya di sebuah hotel mewah di Jerman bersama-sama 20 orang gundik.

Memetik laporan The Independent, Raja Thailand ini telah membuat pesanan untuk menempah keseluruhan Grand Hotel Sonnenbichl bagi menghabiskan waktu lockdown di Alpen Garmisch – Partenkirchen.

Bagaimanapun semua hotel di wilayah itu telah ditutup bagi mencegah penyebaran wabak COVID-19, tetapi hanya hotel ini sahaja diberikan kebenaran untuk dijadikan tempat tinggal sementara Raja Thailand yang turut membawa 20 orang gundik dan sekumpulan pelayan.

Raja Thailand atau lebih dikenali sebagai Rama X turut berhajat untuk mengadakan parti secara besar-besaran di hotel ini, tetapi ianya tidak dapat dilakukan selepas sebahagian besar anggotanya ingin pulang ke Thailand.

Macam mana pula reaksi rakyat Thailand bila mengetahui berita ini? Seperti yang dijangkakan, rakyat Thailand pasti kurang senang dan mempertikaikan tindakan Rama X yang pergi bercuti di Jerman di saat rakyat jelata dalam keadaan tertekan.

Akan tetapi, rakyat Thailand tidak dapat melakukan apa-apa kerana jika mereka mempersoal, menghina atau mengkritik monarki boleh dipenjara selama 15 tahun.

Jika dilihat di ruangan Twitter Thailand juga sudah viral tanda hashtag ‘Mengapa kita memerlukan seorang raja?’ dan tanda ini telah dimulakan oleh seorang aktivis.

Thailand juga tidak dapat lari dari wabak COVID-19 apabila merekodkan lebih 1,000 kes dan 9 orang meninggal dunia.

Sumber: Independent

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top