Connect with us

Oh! Media

PU Syed Buang Gelaran PU, Mahu Mula Kehidupan Baru

Trending

PU Syed Buang Gelaran PU, Mahu Mula Kehidupan Baru


Menerusi posting Instagram, juara Pencetus Ummah musim 2015 mengumumkan untuk tidak memakai lagi gelaran PU pada pangkal namanya. Menurut Syed Bakri atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menjelaskan dia memutuskan perkara berkenaan atas sebab tertentu.

ADVERTISEMENT



Menurut Syed Bakri tujuannya berbuat sedemikian adalah kerana merasakan mudah bagi dirinya untuk melakukan kerja-kerja dakwah tanpa mengaitkan dengan apa-apa gelaran. Bercerita dengan lebih lanjut, terlalu banyak suka dan duka yang ditempuhi sepanjang memakai gelaran berkenaan.

Oleh yang demikian, Syed Bakri menjelaskan dnegan nama Syed Bakri ini, beliau ingin memulakan kehidupan yang baru. Perkongsian mengenai perkara tersebut telah mendapat hampir 4 ribu like.




OHMEDIA: TAHNIAH SAUDARA, SEMOGA SELEPAS INI ERJA-KERJA DAKWAH YANG DILAKUKAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN DIPERMUDAHKAN.

Sumber: Instagram @syedbakri_alyahya

+ Baca respon pembaca PU Syed buang gelaran PU di Facebook Oh! Media



Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas