Connect with us

(Video) Tergempar! Pesawat Penumpang Terbelah Kepada 3 Bahagian

Oh! Tidak

(Video) Tergempar! Pesawat Penumpang Terbelah Kepada 3 Bahagian

Tergempar! Tengah malam tadi dilaporkan telah berlaku satu kemalangan pesawat penumpang yang terbabas ketika sedang mendarat di Lapangan Terbang Sabiha Gocken. Pesawat penumpang terbabit dikatakan telah tergelincir berikutan landasan yang licin dan melanggar tembok jalan menyebabkan badan pesawat terbelah kepada tiga bahagian sebelum terbakar.

Pesawat yang dalam penerbangan dari Izmir menuju ke Instanbul itu membawa seramai 177 orang penumpang termasuk anak kapal. Gambar pesawat jenis Boeing 737 itu turut telah tersebar di media sosial dan dapat dilihat kerosakan yang agak teruk.

Setakat ini, jurucakap lapangan terbang dalam satu kenyataan mengesahkan yang tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya 21 orang penumpang cedera. Api juga berjaya dikawal oleh anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian.





Sumber: Daily Mail

+ Baca respon pembaca mengenai pesawat terbabas di facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top