Connect with us

Oh! Media

Perempuan Melayu Pertama Memiliki Bengkel “One Stop Centre”

Trending

Perempuan Melayu Pertama Memiliki Bengkel “One Stop Centre”

ADVERTISEMENT

Ohmedia suka berkongsi tentang kejayaan anak muda kita. Kali ini tentang Puan Mastinah, wanita Melayu pertama yang memiliki bengkel “One Stop Centre” untuk semua jenis kenderaan. Bengkel tersebut diberi nama One Stop Automotive Centre Azam Motor dan lokasinya di Banting, Selangor.

Untuk pengetahuan korang, Bengkel Azam Motor ini mempunyai pelbagai jenis servis antaranya servis tayar, aircond, painting, refurbishment dan macam-macam lagi. Bengkel ini telah beroperasi semenjak tahun 1990 dan ketika itu diuruskan oleh suami beliau, Encik Mispan.

Menariknya Bengkel ini juga mempunyai ruangan menunggu yang selesa untuk pelanggan. Antara kemudahan yang disediakan ialah Aircond, Astro, kerusi urut serta makanan dan minuman ringan. Perghhh sekali tengok macam Lobby Hotel.

Bengkel ini juga dikatakan mempunyai 3 cawangan di Kajang, Sungai Petani dan Salak tinggi. Memang terbaik lah, semoga Puan Mastinah menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana untuk memiliki dan menguruskan Bengkel Automotif sendiri.

OHMEDIA: SETIAP PERKARA YANG KITA USAHA PASTI AKAN BERJAYA

Sumber: MOTOQAR

+ Baca respon pembaca yang suka tentang Automotif di Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas