Connect with us

Oh! Media

Pengurus Jualan Panggil Polis ‘Idiot’ Mengaku Tidak Bersalah

Trending

Pengurus Jualan Panggil Polis ‘Idiot’ Mengaku Tidak Bersalah

Ohmedia yakin yang korang semua sudah tahu mengenai gambar yang tersebar menunjukkan seorang wanita telah ditahan pihak polis apabila didapati mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak berkuasa ketika ditahan dalam sekatan jalan raya Ops Covid-19 dan telah didakwa menghalang penjawat awam dan berkelakuan kurang sopan.

ADVERTISEMENT

Kini wanita itu telah ditahan dan jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Tertuduh, Tong Poh King yang merupakan seorang pengurus jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di hadapan Majistret Nurshahirah Abdul Salim.

Tertuduh sebelum ini telah ditahan oleh pihak polis dan dituduh telah mengatakan ‘idiot’ kepada penjawat awam yang dilakukan di Jalan Persiaran Surian Pelangi Damansara jam 9.40 pagi.

Diharapkan hukuman setimpal dapat diberikan untuk dijadikan pengajaran kepada orang ramai supaya tidak melanggar peraturan di dalam situasi genting ini. Ikut arahan dan hormati pasukan hadapan negara yang sedang bertugas demi kebaikan kita bersama.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang geram dengan tindakan wanitta ini di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas