Connect with us

Oh! Media

Penduduk Wuhan Bimbang Asap Tebal Datang Dari Mayat Pesakit Koronavirus

Trending

Penduduk Wuhan Bimbang Asap Tebal Datang Dari Mayat Pesakit Koronavirus

Sekarang, penduduk Wuhan menjadi semakin gusar dan takut apabila satu rakaman yang tersebar menunjukkan langit di wilayah itu sedang diliputi dengan jerebu tebal yang dipercayai asap dari pembakaran mayat mangsa wabak koronavirus.

ADVERTISEMENT

Ura-ura yang mengatakan asap misteri itu datang dari mayat mangsa koronavirus membimbangkan penduduk Wuhan. Sehari sebelum kejadian ini berlaku, pihak Suruhanjaya Kesihatan Nasional di China telah mengeluarkan arahan melarang sebarang upacara pengebumian ke atas semua mangsa yang meninggal dunia bagi mencegah peyebaran wabak itu.

Tetapi, rakyat Wuhan semakin tidak tentu arah apabila terlalu banyak berita yang tersebar mengatakan yang sebenarnya jumlah kematian adalah lebih tinggi dari laporan yang dikeluarkan kerajaan China.

Bagaimanapun, belum ada sebarang pengesahan yang mengatakan asap ini datang dari mayat mangsa koronavirus. Tetapi pelbagai spekulasi terus tersebar.




Sumber: Daily Star

+ Baca respon pembaca mengenai koronavirus di facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas