Connect with us

Oh! Media

Pemandu Mabuk Rempuh Kenderaan Pekerja Alam Flora Pada Hari Raya Ke-2

Trending

Pemandu Mabuk Rempuh Kenderaan Pekerja Alam Flora Pada Hari Raya Ke-2

Lagi dan lagi kematian berpunca dari pemandu mabuk. Malam semalam 25 Mei 2020 terjadi satu lagi kemalangan apabila sebuah kenderaan SUV Toyota C-HR telah memandu secara lawan arus sehingga merempuh sebuah kenderaan lain pada jam 9:20 malam.

ADVERTISEMENT

Lelaki terbabit disyaki memandu melawan arus dari susur masuk Jalan Kuantan Bypass dari Persimpangan Semambu. Sebelum kemalangan, kenderaan terbabit dilaporkan hampir tertembung dengan berberapa kenderaan. Video lelaki terbabit memandu secara melawan arus sempat dirakam seorang pengguna jalan raya dan tular di media sosial. Berdasarkan rakaman itu, individu merakam visual terbabit membunyikan hon beberapa kali kepada pemandu terbabit. – Kata Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali.

Apa yang menyedihkan, kematian melibatkan seorang lelaki Melayu Irwan Herman Kamarudin. 41 tahun pada hari raya ke-2 yang dalam perjalanan ke tempat kerja.

Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja kerana bertugas shif malam di Alam Flora. Manakala pemandu yang melawan arus hanya cedera ringan. Lelaki terbabit ditahan polis untuk siasatan mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam pengaruh alkohol hingga menyebabkan kematian. – Katanya lagi.




Hari ini, hasil siatan polis mendapati suspek yang melawan arus dalam keadaan mabuk itu adalah seorang peraih ikan dan telah diperintah reman sehingga 29 Mei oleh Majistret, Najwa Hashim bagi siasatan lanjut.

Undang-undang untuk pesalah memandu dalam keadaan mabuk ini perlu diperketatkan secepat yang mungkin kerana kita tidak sanggup lagi mendengar nyawa orang tak bersalah melayang begitu mudah atas kecuaian pemabuk.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang cukup benci dengan pemandu mabuk di Facebook Oh! Media.





Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas