Connect with us

Oh! Media

Pati Kiub Pork Jenama Knorr Berada Di Pasaran Malaysia? Ini Penjelasan JAKIM!

Trending

Pati Kiub Pork Jenama Knorr Berada Di Pasaran Malaysia? Ini Penjelasan JAKIM!

Baru-baru ini, ramai pengguna di media sosial menularkan beberapa gambar pati kiub pork jenama Knorr sebaris dengan rak pati kiub yang lain di pasaraya Malaysia. Ohmedia tak sangka pati kiub pork tu berada di tempat halal dan bukannya non-halal tau.

ADVERTISEMENT

Memandangkan gambar tersebut membuatkan pengguna berasa kurang senang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun membuat penjelasan berkenaan isu ini di Facebook. Menurutnya, pati kiub pork itu bukan dikilangkan di Malaysia dan ia tidak layak untuk memiliki pengesahan yang halal.




Bukan itu sahaja, isu ini pernah dikeluarkan oleh pihak JAKIM pada empat tahun yang lepas. Rata-rata ramai juga pengguna di Facebook meluahkan rasa tidak puas hati di ruangan komen post tersebut bahawa pati kiub pork jenama Knorr ini memang berada di pasaraya Malaysia. Nak tahu kenapa? Netizen berkata pati kiub tersebut berada di sebelah pati kiub lembu. Tajam betul mata korang ya!

So, apa pendapat korang? Ohmedia sarankan korang untuk check produk tu sebelum beli sama ada halal atau tidak di http://www.halal.gov.my/v4/ atau di aplikasi, Verify Halal. Jangan main beli je gais. Hehe.

OHMEDIA: SEPATUTNYA PATI KIUB PORK TU BERADA DI TEMPAT NON-HALAL. TAK PASAL-PASAL NANTI PENGGUNA YANG LAIN TERSALAH BELI. HMM.

Sumber: Facebook

+ Baca respon pembaca suka makanan halal di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas