Connect with us

Oh! Media

Naim Daniel Mahu Bukti Hak Cipta Lagu Sumpah, Keluarga Bekas Kekasih Tersinggung

Trending

Naim Daniel Mahu Bukti Hak Cipta Lagu Sumpah, Keluarga Bekas Kekasih Tersinggung

Baru-baru ini, kecoh pasal Dayana Amerda atau nama sebenarnya, Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah mengadakan sidang media untuk menuntut hak cipta bersama lagu Sumpah yang baru saja dinobatkan sebagai juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-34. Dayana mahu Naim Daniel bersikap jujur dan membuat pengakuan yang Dayana iaitu bekas kekasih Naim Daniel juga adalah hasil ciptaan dirinya bersama.

ADVERTISEMENT


BACA : Bekas Kekasih Naim Daniel Tuntut Hak Cipta Bersama Lagu Sumpah


Sejak April tahun lalu lagi lagu Sumpah adalah hak cipta Naim Daniel selaku penulis lirik bersama Omar K. Disebabkan sidang media yang Dayana Amerda buat beberapa hari lepas, World Peace (WP) Entertainment Sdn Bhd, syarikat pengurusan Naim Daniel mahu dirinya sendiri mengemukakan yang lagu Sumpah itu adalah milik dirinya sendiri dengan bukti yang kukuh sekiranya memang betul yang Sumpah memang lagu yang dicipta Dayana bersama.

WP Entertainment ingin pihak Dayana mengemukakan segala bukti secara bertulis dengan melalui emel dan segala kesulitan yang dihadapi akibat isu hak cipta dan tuntutan di sidang media yang telah dinyatakan Dayana amatlah dikesali.

Che Rohaida iaitu ibu kepada Dayana mendakwa yang mereka memang ada bukti yang kukuh dan akan membawa isu ini ke mahkamah. Pihak mereka mahu selesaikan cara baik, itulah sebab pihak mereka tampil untuk meminta kebenaran. Dikatakan yang ibu Naim Daniel telah menghubungi pihak Dayana sebelum sidang media itu dijalankan tetapi mereka tidak mengangkatnya. Kemudian, mereka berhubung melalui ‘voice note’ dan dikatakan kakak Naim daniel pula masuk campur.

Ada juga perkara yang tidak sepatutnya dicakapkan pihak Naim Daniel dalam voice note itu dan akan disimpan sebagai bukti nanti. Mereka juga tersinggung selepas ibu Naim mencadangkan supaya Naim memberi sedekah atas kemenangan lagu Sumpah baru-baru ini di AJL34 kepada Dayana. Mereka hanya meminta hak dirinya saja bukanlah untuk meminta sedekah, kata Che Rohaida.

OHMEDIA : DIHARAPKAN MEREKA DAPATLAH SELESAIKAN ISU INI DAN BERBINCANG DENGAN BAIK


Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca tuntutan hak cipta lagu Sumpah di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas