Connect with us

Oh! Media

Nahas MH17 : “Kalau kita tak jumpa dekat sini, kita jumpa di Padang Mahsyar” – Mohd Afif

Umum

Nahas MH17 : “Kalau kita tak jumpa dekat sini, kita jumpa di Padang Mahsyar” – Mohd Afif

ADVERTISEMENT

Rakan serumah salah seorang mangsa pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di Ukraine iaitu Mohd Afif Tambie Jiee tidak menyangka ungkapan rakannya itu sebagai tanda mereka tidak akan bertemu lagi.

“Kalau kita tidak jumpa di sini, kita akan jumpa di Padang Mahsyar” kata Mohd Afif kepada Khairil Azwan sebelum meninggalkan rumah sewa mereka di Petaling Jaya untuk bercuti bersama keluarga di Kazakhstan selepas tamat peperiksaan akhir di Taylor’s University.

“Yang saya ingat sekali bila kali terakhir jumpa, dia nak keluar rumah dan kemas barang macam nak pergi lama padahal cuti asasi kejap sahaja dan bila saya tanya kenapa kemas banyak barang, dia diam saja,” katanya kepada pemberita selapas majlis bacaan tahlil anjuran Taylor’s University.

Menurut Khairil, sahabatnya itu merupakan seorang kawan yang baik dan banyak memberi nasihat kepadanya malah sebelum Mohd Afif pergi bercuti bersama keluarganya itu mereka sempat memohon maaf antara satu sama lain.

“Dia banyak nasihat saya tentang dunia dan akhirat, cara pemikirannya juga sangat matang, jadi dia bukan jenis kawan yang biasa, Afif seorang kawan yang sukar dicari,” katanya dengan sebak.

Afif, anak sulung daripada empat beradik, menamatkan pengajian asasinya dalam bidang arkitek di universiti swasta itu dan beliau sepatutnya memulakan pengajian ijazah pertamanya pada Ogos ini.

Sementara itu, seorang lagi kawan Afif, Nadine Saedah Nasaruddin, 19, terkejut mendengar tragedi itu yang telah mengorbankan rakan sekelasnya dan amat sukar baginya menerima pemergian kawan yang dianggap sebagai seorang yang sangat periang.

“Beliau mempunyai penampilan yang menawan, dia pelawak dalam kumpulan kami, dia buat semua orang ketawa sepanjang masa, jika anda bersedih, dialah yang akan menceriakan anda dan dia selalu berfikiran positif.

“Saya akan merindui teks rambangnya, saya kehilangan seseorang yang sangat rapat walaupun saya mengenali beliau hanya setahun tetapi saya rasa seperti telah mengenalinya bertahun-tahun,” katanya.

Dalam nahas itu, Mohd Afif bersama ayahnya Tambi Jiee, 49, ibunya, Ariza Ghazalee, 46, dan tiga lagi adik beliau – Mohd Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Mohd Afruz, 13, dalam perjalanan balik dari Kazakhstan.

Bapanya bekerja dengan syarikat Shell di negara itu sejak tiga tahun lepas dan baru mendapat kebenaran untuk bertugas di Kuala Lumpur.

Mahu Beli Jubah?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas