Connect with us

Oh! Media

Motosikal Terbakar, 2 Sahabat Maut Dirempuh Pemandu Mabuk

Trending

Motosikal Terbakar, 2 Sahabat Maut Dirempuh Pemandu Mabuk

Awal pagi semalam berlaku satu lagi kemalangan maut yang berpunca dari pemandu mabuk! Lagi sekali orang tidak bersalah menjadi mangsa disebabkan perbuatan sesetengah individu yang tak bertanggungjawab!

ADVERTISEMENT

Kejadian yang berlaku di Kilometer 13 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth arah Sungai Dua ini dikongsikan orang ramai yang berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dan dua sahabat yang menaiki motosikal telah maut ditempat kejadian apabila mereka dirempuh pemandu mabuk dari arah belakang.

Mangsa Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi, 21 tahun dan Muhammad Amin Najmi Azaman, 19 tahun berasal dari Kampung Paya Keladi Hujung, Kepala Batas. Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor mengatakan yang kejadian berpunca dari seorang pemandu wanita, 47 tahun sedang memandu Toyota Vios dalam keadaan mabuk dan melanggar motosikal 125ZR dari arah belakang.

Apabila sampai di KM13 BORR arah Sg Dua, wanita itu melanggar bahagian motosikal menyebabkan pembonceng dan penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala, motosikal mereka terbakar. Hasil ujian alkohol yang dijalankan mengesahkan dia memandu di bawah pengaruh alkohol. Katanya.

Siapa pula yang akan menjadi mangsa pemandu mabuk selepas ini? Terlalu banyak kemalangan yang kita dengar berpunca dari pemandu mabuk dan perkara ini tidak boleh dimaafkan. Harap satu keputusan yang cepat dapat dilakukan.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang geram dengan pemandu mabuk di facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas