Connect with us

Oh! Media

(Video) Tragedi MH370 Adalah Pembunuhan Beramai-Ramai Yang Disengajakan

Trending

(Video) Tragedi MH370 Adalah Pembunuhan Beramai-Ramai Yang Disengajakan

MH370: The Untold Story adalah satu rakaman dokumentari yang akan ditayangkan di Australia minggu ini mengenai tragedi MH370 yang sepertimana kita semua tahu telah terhempas pada tahun 2014 lalu. Menurut bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott memberitahu tragedi MH370 itu adalah satu jenayah pembunuhan beramai-ramai dan bunuh diri.

ADVERTISEMENT




Semasa tragedi MH370 berlaku, Tony Abbott memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Australia dan dikatakan ada yang memberitahu maklumat tentang tragedi ini kepadanya dan tidak akan sesekali buka mulut untuk memberita siapa yang telah menyampaikannya. Tapi, janganlah kita semua percaya bulat-bulat sebab masih belum ada bukti yang kukuh sekiranya rangka kapal pesawat MH370 masih belum ditemui.

Operasi mengesan dan mencari lebih 112,000 km persegi di dasar laut dalam yang dikatakan selama lebih tiga bulan terhadap pesawat MH370 telahpun tamat pada Mei 2018 lalu selepas syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity tidak menemui pesawat itu.

Pesawat penumpang Boeing 777 hilang daripada radar semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur bersama 239 orang di dalam pesawat. Semua pihak masih lagi binggung di mana lokasi sebenar pesawat berada walaupun tragedi dah lama terjadi.

Sumber : Amazing Nara

OHMEDIA : DIHARAPKAN SEMUA AHLI KELUARGA YANG TERLIBAT TABAH DENGAN TRAGEDI YANG TELAH MENIMPA INI.

+ Baca respon pembaca tragedi MH370 di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas