Connect with us

Oh! Media

(Video) Stesen TV Di Korea Berjaya Satukan Ibu Dengan Anaknya Yang Sudah Tiada Menggunakan VR Buat Ramai Sebak

Trending

(Video) Stesen TV Di Korea Berjaya Satukan Ibu Dengan Anaknya Yang Sudah Tiada Menggunakan VR Buat Ramai Sebak

Pada 3 tahun yang lalu, seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Nayeon telah meninggal dunia kerana menghidapi penyakit leukimia di Korea Selatan. Sejak kematian beliau, ibunya tidak dapat melarikan diri dari perasaan sedih dan bersalah apabila mengingatkan kembali apa yang berlaku ke atas Nayeon.

ADVERTISEMENT




Jadi, MBC telah memutuskan untuk membantu wanita ini menyatukan semula dengan anaknya yang sudah tiada dengan menggunakan teknologi VR (Virtual Reality) dalam satu projek dokumentari khas di Youtube.




Apa yang lebih menarik, pasukan dokumentari meminta pertolongan daripada kanak-kanak yang sama umur dengan Nayeon sekarang (sekiranya Nayeon masih lagi hidup) untuk mendapatkan pergerakan dan suara yang mirip dengannya. Mereka juga telah mendapatkan maklumat seberapa banyak yang mungkin termasuklah audio dan gambar dari keluarganya.




Bila Ohmedia tengok video dari MBC ni, memang sebak gila gais! Nak tahu kenapa? Sepanjang dalam video tu, ibu Nayeon cuba menyentuh anaknya beberapa kali walaupun pertemuan diorang secara VR (Virtual Reality) jer.

Video yang dimuatnaik oleh MBC ni telah mendapat lebih 7 juta tontonan di Youtube. Kalau korang nak tahu, siaran televisyen di Korea telah menghasilkan MBC untuk projek dokumentari ni.

OHMEDIA: KASIH SAYANG SEORANG IBU TIDAK AKAN TERNILAI DENGAN APA PUN

Sumber: MBC

+ Baca respon pembaca sayang ibu di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas