Connect with us

Oh! Media

Sekitar Tradewinds LIMBC 2014: Stage 3 – Langkawi Marathon (XCM)

Oh! Lifestyle

Sekitar Tradewinds LIMBC 2014: Stage 3 – Langkawi Marathon (XCM)

Cuaca yang baik sejak semalam memberikan kelebihan untuk para pelumba basikal bukit tempatan dan dunia untuk meneruskan cabaran Stage 3 – Langkawi Marathon pada hari ini dengan jarak perlumbaan sejauh 81KM bagi kategori Men’s Elite dan Men’s Open manakala 54KM untuk kategori Women’s Elite, Men’s Master, dan Senior Men’s Master.

ADVERTISEMENT

Perlumbaan bagi stage 3 ini bermula dan tamat di Oriental Village, di mana terletaknya lokasi Cable Car Langkawi yang cukup popular di seluruh dunia.

Khairul Naim Azhar, pelumba tempatan bagi kategori Men’s Elite masih mampu tersenyum biarpun terpaksa menolak jenteranya yang mengalami kerosakan mekanikal ke garisan penamat yang masih berbaki 3KM.
Jeffrey Sylvester (MAS) pelumba tempatan bagi kategori Men Open menjunjung basikalnya ketika melakukan pendakian bukit yang cukup tinggi di Oriental Village tempat perlumbaan Stage 3 berlangsung hari ini.
Pelumba tempatan dalam kategori Men’s Elite, Amirul Anuar Jafri (MAS) melalui jalan berpasir di persisir Pantai Kok sambil diikuti seorang lagi pelumba tempatan dalam kategori Women’s Elite, Junaidah Juss (MAS).
Usia bukanlah penghalang untuk pelumba tempatan bagi kategori Senior Men’s Master, Ramlee Eli (MAS) yang cukup bersemangat berkayuh sejauh 54KM. Respek!

Berikut adalah keputusan penuh para pemenang bagi Stage 3 hari ini bagi semua kategori:

Senior Men’s Master Stage 3 winners – (L to R): 3rd-Karl Platt (GER), 1st-Fabian Giger (SUI) & 2nd-Michal Lami (SVK)

Men’s Master Stage 3 winners – (L to R): 3rd-Robert Glajza (SVK), 1st-Nicholas Craig (GBR) &  2nd-Marzio Deho (ITA)

Men’s Open Stage 3 winners – (L to R): 3rd-Mohd Shafari Abd Malik (MAS), 1st-Surachat Sin-Jui (THA) &  2nd-
Seree Ruangsiri (THA)

Men’s Open Stage 3 winners – (L to R): 3rd-Javana Crnogorac (SRB), 1st-Eva Lechner (ITA) & 2nd-Tanja Zekelj (SLO)

Men’s Elite Stage 3 winners – (L to R): 3rd-Karl Platt (GER), 1st-Fabian Giger (SUI) & 2nd-Michal Lami (SVK)

Esok akan berlangsungnya Stage 4 – Langkawi Geopark (XCO) yang mana para peserta akan mengayuh sejauh 4.5KM bagi beberapa pusingan di sekitar Oriental Village & Cable Car.

90 Seconds Daily Review by Oh! Media:

Oh! Media seperti biasa akan membawakan kemaskini secara langsung kepada anda melalui Facebook rasmi LIMBC dan laporan penuh menyusul selepas itu di website rasmi kami ini. Stay tuned!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas