Connect with us

Oh! Media

Lelaki Mati Dihempap Isteri Seberat 101 Kg Akibat Perselisihan Faham

Umum

Lelaki Mati Dihempap Isteri Seberat 101 Kg Akibat Perselisihan Faham

Seorang wanita yang berasal dari Novokuznetsk, Rusia berdepan tuduhan membunuh suaminya dengan cara melemaskan mangsa dengan duduk di atas muka lelaki tersebut sehingga mati akibat perselisihan paham dengan keadaan fizikalnya yang seberat 101 Kilogram.

ADVERTISEMENT

Menurut Akhbar The Sun, wanita terbabit yang bernama Tatyana,45, dikatakan duduk di atas muka suaminya kerana perselisihan paham dan enggan bangun sehingga suaminya yang bernama Aidar meminta maaf dalam satu pergaduhan.

Kejadian disaksikan oleh anak tiri Aidar yang mana dia melihat bapanya tersembam di atas katil dan terus meminta bantuan daripada jiran.

Seorang wanita iaitu jiran mereka tiba dan menyangka hanya pertengkaran biasa sebelum beredar.

Namun jiran mereka kembali semula apabila terdengar suara jeritan daripada Tatyana yang meminta pertolongan akibat suaminya yang pengsan secara tiba-tiba sehingga memaksa jiran mereka untuk menghubungi ambulans.

Aidar disahkan mati di tempat kejadian dan hasil ujian perubatan mendapati lelaki itu mati akibat asfiksia iaitu kesan sistem pernafasan yang tersekat.

Hal ini berpunca daripada Tatyana yang duduk di atas leher suaminya dan menggunakan kedua-kakinya agar mangsa tidak boleh bergerak.

Wanita itu ‘mencekik’ suaminya sehingga mati dengan menggunakan punggungnya akibat meminum terlalu banyak alkohol.

Ketika perbicaraan pertama, Tatyana hanya disabitkan dengan kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat yang mana dia ditahan selama 18 bulan dan didenda $2,800.

Tetapi Jawatankuasa Penyiasatan Rusia mengumumkan bahawa Tatyana akan dituduh membunuh.

Kredit: Kosmo!, The Sun

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas