Connect with us

Oh! Media

Lelaki ‘Korbankan’ Lidah Kerana Percaya Dapat Hentikan Wabak

Trending

Lelaki ‘Korbankan’ Lidah Kerana Percaya Dapat Hentikan Wabak

Kerana percaya tindakan mengerat lidah ini mampu meredakan penularan COVID-19 di India, seorang lelaki sanggup berkorban dengan berbuat sedemikian sekaligus dapat menggembirakan dewi yang dipujanya.

ADVERTISEMENT

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di sebuah kuil di Sui Gam, Gujerat. Lelaki yang berasal dari bandar Madhya Pradesh dikatakan baru dua bulan bekerja di tapak projek di Sui Gam berkenaan.

Hal ini mula terjadi apa lelaki berkenaan tidak pulang kerumah setelah keluar ke pasar waktu pagi untuk membeli keperluan barang dapur namun tidak pulang sejurus itu. Kerana bimbang, abang lelaki berkenaan telah menghubunginya beberapa kali.

Namun tiada jawapan sehingga seorang lelaki yang tidak dikenali menjawab panggilan dan memaklumkan kejadian berkenaan. Saat ditemukan lelaki berkenaan dalam keaadan berlumuran darah serta lidah yang berada ditangannya.

Pihak hospital dalam usaha untuk mencantumkan kembali lidah berkenaan, manakala pihak polis akan jalankan siasatan terperinci mengenai kejadian ini.




OHMEDIA: MACAM-MACAM HAL. LIDAH TU KALAU DAH SAMBUNG, STILL FUNCTION KE TASTE BUD KAT LIDAH TU YA? HAHA.

Sumber: Astro Awani

+ Baca respon pembaca lelaki korban lidah kerana percaya dapat hentikan wabak di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas