Connect with us

Lelaki Ditikam Dan Dilanggar Sampai Mati

Oh! Tidak

Lelaki Ditikam Dan Dilanggar Sampai Mati

Malam tadi, seorang lelaki maut selepas ditikam dan dilanggar sebuah kenderaan sampai mati di Taman Impian Ria, Machang Bubok. Kira-kira jam 9.50 malam tadi, ada orang awam yang menemui mayat mangsa, Leow Choong Leong yang berusia 39 tahun dalam keadaan berlumuran darah dekat depan sebuah kedai di kawasan perumahan tersebut.

Superintendan Mohd Mustafa Bidin selaku Pemangku Ketua Polis Daerah Perai Tengah berkata yang mangsa tinggal di taman perumahan tersebut dan bekerja sebagai penjual alat ganti motorsikal. Pemeriksaan awal mendapati pada tubuh mangsa ada kesan tikaman selepas mendapat maklumat dari orang awam yang terjumpa mayat tersebut dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di depan sebuah kedai serbaneka di Taman Ria.

Sumber gambar dari Sinar Harian

Mangsa dipercayai telah ditikam kemudian dilanggar oleh sebuah Ford Ranger milik syarikat mangsa yang dibawa lari suspek selepas semakan nombor pendaftaran kenderaan dibuat. Mustafa Bidin memohon orang awam yang ternampak kejadian ataupun mempunyai maklumat untuk tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. Tujuan kejadian tersebut masih lagi disiasat dan kes disiasat mengikut Skesyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca lelaki ditikam dan dilanggar sampai mati di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top