Connect with us

Oh! Media

Kucing Peliharaan Terbiar Kelaparan, Alha Alfa Terpaksa Ceroboh Kawasan Rumah Jiran

Trending

Kucing Peliharaan Terbiar Kelaparan, Alha Alfa Terpaksa Ceroboh Kawasan Rumah Jiran

Datuk Alha Alfa mengaku bahawa beliau terpaksa menceroboh masuk ke kawasan rumah jirannya kerana kasihan melihat haiwan peliharaan mereka terbiar kelaparan. Ohmedia faham mungkin tuan rumah tak dapat nak balik bagi kucing makan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 tapi kesian tengok kucing-kucing tu tau.

ADVERTISEMENT

Assalamualaikum tuan rumah, sorry saya ceroboh kawasan rumah tuan/puan. Saya rasa tuan rumah mesti balik kampung dan dah tak boleh balik ke rumah semula sebabkan kes COVID-19 ni kan? Kesiannya, jadi saya minta izin memandai-mandai bagi makan kucing tuan. Jangan risau semuanya selamat. Kepada yang mempunyai masalah yang sama, duduk area Kajang atau Bangi serta yang tiada kawan atau jiran untuk minta tolong…Boleh mesej peribadi saya. Tapi pastikan pagar rumah tidak berkunci dan pastikan kucing berada di luar rumah.

Menerusi video yang dimuatnaik ke Instagramnya, @alhaalfa berdurasi 2 minit 43 saat itu, Alha memasuki kawasan rumah jirannya dan memberi makanan kepada kucing-kucing itu. Bukan tu jer, Alha juga membersihkan sangkar dan menyapu lantai. Alhamdulillah, bukan senang tau nak dapat jiran macam tu hehe.

Tindakan Alha telah mendapat pujian daripada netizen. Wah, untunglah siapa duduk di kawasan Bangi dan Kajang sebab Alha boleh tengokkan kucing korang tau kalau korang tak ada dekat rumah. Terbaiklah! Terima kasih Datuk Alha Alfa kerana ikhlas membantu orang lain.

OHMEDIA: SUKA TENGOK ALHA SEBAB HUMBLE SANGAT.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca sokong Alha di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas