Connect with us

Kerana Ciri Tag Suggestion, Facebook Didenda Jutaan Ringgit!

Oh! Tidak

Kerana Ciri Tag Suggestion, Facebook Didenda Jutaan Ringgit!

Sumber gambar dari Threatpost

Siapa kaki Facebook mesti tahu ciri tag suggestion yang ada selama ini pada perkhidmatan laman sosial berkenaan. Tapi tahukah korang semua, bahawa sistem ini telah menyebabkan Facebook telah didenda oleh hakim persekutuan Amerika Syarikat kerana telah melanggar perlindungan data biometrik.

Kes ini sudah difailkan dan sudah berlangsung sejak 2015 dimana pertuduhan ini dibuat atas tuntutan pengguna Facebook. Menurut mereka Facebook dianggap bersalah kerana mengesan wajah pengguna melalui ciri Tag Suggestion, kerana ciri ini diaktifkan tanpa persetujuan dan sepengetahuan pemilik wajah. Ciri berkenaan dilihat cuba menceroboh maklumat peribadi kerana ia bersangkut dengan informasi cap jari, sapel darah dan geometri wajah. Menurut info, Facebook pernah untuk menghentikan proses pertuduhan ini namun ditolak oleh hakim persekutuan.

Akhirnya Facebook mengalah dan bersedia untuk membayar denda tuntutan berkenaan. Denda yang perlu dibayar oleh Facebook sebanyak 550juta dolar, bersamaan 2.275 billion ringgit. Info tambahan, Facebook mula menggunakan ciri ini semenjak tahun 2010, dimana saat itu ciri berkenaan secara automatik aktif tanpa persetujuan penggunanya. Terkini Facebook telah menjadikan ciri ini sebagai opt-in, dimana pengguna bisa memilih untuk menguna atau tidak menggunakan ciri ini.

OHMEDIA: DARI TAHUN 2010 DIA FACEBOOK PAKAI CIRI INI, AGAK DAH BERAPA BANYAK MUKA YANG DIA SIMPAN, HAHA!

Sumber: Tekno Kompas

+ Baca respon pembaca Facebook didenda jutaan ringgit di Facebook Oh! Media

Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top