Connect with us

Oh! Media

Keputusan VAR Bantu MU Rasa Kemenangan Ke Atas Chelsea

Trending

Keputusan VAR Bantu MU Rasa Kemenangan Ke Atas Chelsea

ADVERTISEMENT

Aksi cemerlang yang ditunjukkan Manchester United awal pagi tadi membuahkan hasil selepas berjaya mencuri 3 mata penuh ketika menentang Chelsea di Stamford Bridge. Pertahanan MU, Harry Maguire mencuri tumpuan apabila tidak dikenakan kad selepas menyepak kemaluan Michy Batshuayi pada minit ke-21. Ohmedia rasa kalau di Liga Malaysia dah lama Maguire kena kad merah.

Manchester United akhirnya berjaya mendahului pada minit ke-45 hasil tandukan cantik Anthony Martial selepas menerima hantaran lintang dari Wan Bissaka. Walaubagaimanapun Chelsea berjaya menyamakan kedudukan hasil rembatan dari Kurt Zouma pada minit ke-56, namun jaringan tersebut dibatalkan pengadil melalui VAR selepas Azpilicueta melakukan kekasaran terhadap Brandon William di dalam kotak penalti.


Harry Maguire pastikan MU selesa di hadapan selepas menjaringankan gol kedua menerusi tandukan hasil sepakan corner dari Bruno Fernandes pada minit ke-66. Chelsea sekali lagi menjadi mangsa VAR selepas jaringan Oliver Giroud pada minit ke-77 dibatalkan kerana offside. Keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat. MU kini berada di tangga ke-7 liga dengan 38 mata, kurang 3 mata di belakang Chelsea yang berada di tangga ke-4 liga dengan 41 mata.

OHMEDIA : MANCHESTER UNITED MAMPU BERADA DI TOP 5 LIGA PERDANA INGGERIS JIKA KEKAL KONSISTEN UNTUK PERLAWANAN SETERUSNYA

+ Baca respon pembaca yang sokong MU di Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas