Connect with us

Oh! Media

Keluarkan Ugutan Bunuh! Penny Tai Ditahan Pihak Polis

Oh! Tidak

Keluarkan Ugutan Bunuh! Penny Tai Ditahan Pihak Polis

Rasanya sebelum ini memang netizen sudah buat laporan dengan #PDRM dan ‘screen shot’ semua bukti yang melibatkan individu yang sengaja mengeluarkan kata-kata kesat dan penghinaan. Ini dapat dilihat dengan kerap apabila ada mereka yang mengina Agong dan Perdana Menteri di sosial media.

Disebabkan itu juga, PDRM telah berjaya mengesan dan menangkap beberapa individu dan yang terbaru, seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Penny Tai juga telah ditahan pihak polis apabila dikesan meninggalkan komen berbaur ugutan bunuh ke atas Perdana Menteri Ke-8 iaitu Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin.

Komen yang menulis “Boleh upah pembunuh untuk bunuh Perdana Menteri baru?” ini dinaikkan oleh Penny di ruang komen siarang langsung perlantikan Perdana Menteri Ke-8 tempoh hari.

Pada 2 Mac 2020 jam lebih kurang 2 petang, seorang perempuan Cina telah ditahan di Ampang Jaya dan pihak kita telah merampas sebuah telefon bimbit miliknya untuk siasatan. Saya ingin menasihati pengguna-pengguna media sosial di luar sana supaya lebih berhati-hati daam memberikan komen dan pastinya anda akan bertanggungjawab atas apa yang anda lakukan. – Kata SAC Fadzil.




Sumber: RMP TV YouTube

+ Baca respon pembaca yang bencikan penghinaan di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

To Top