Connect with us

Oh! Media

(Video) Kanak-kanak & Warga Emas Ditikam Gadis Berusia 17 Tahun Kerana Berebut Sanitizer

Trending

(Video) Kanak-kanak & Warga Emas Ditikam Gadis Berusia 17 Tahun Kerana Berebut Sanitizer

Sepertimana yang korang tahu wabak Coronavirus kini sedang melanda di negara China dan kes ini semakin hari semakin meningkat tau. Mereka juga tidak mendapat bekalan yang mencukupi kerana topeng muka dan sanitizer semakin berkurangan untuk mencegah penyakit ini.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini, ada beberapa video yang tular di media sosial mengenai seorang gadis yang berusia 17 tahun menikam beberapa orang awam di sebuah pasaraya yang terletak di Wuhan kerana berebut demi mendapatkan sebuah botol sanitizer gais!



Menurut perkongsian @MerlotN di Twitter, suspek yang dikenali sebagai Wang telah menikam seorang lelaki warga emas yang berusia 71 tahun dan kanak-kanak berusia 12 tahun dengan sebilah pisau. Kalau korang tengok video dekat bawah ni, ada dua mangsa tersebut kelihatan berlumuran darah di atas lantai.



Kejam sungguh! Walau bagaimanapun, suspek telah ditangkap dan dua mangsa telah dibawa ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan mereka berada dalam keadaan yang stabil.

Kalau korang nak tahu, keluarga suspek mengatakan bahawa Wang mempunyai masalah mental serta beliau sering merasakan dirinya terancam dengan keadaan sekeliling. Hmm. Ohmedia rasa dia takut berjangkit dengan wabak Coronavirus dan mungkin sebab itulah dia berani menikam orang awam.

OHMEDIA: TAK PASAL-PASAL KENA TIKAM DEMI SEBUAH SANITIZER GAIS!

Sumber: Twitter | Amazing Nara

+ Baca respon pembaca takut wabak Coronavirus di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas