Connect with us

Oh! Media

Kanak-Kanak Palestin Derita Kanser Berseorangan, Ibu Bapa Dihalang Israel Untuk Melawat

Trending

Kanak-Kanak Palestin Derita Kanser Berseorangan, Ibu Bapa Dihalang Israel Untuk Melawat

Baru-baru ini, Ohmedia melihat satu posting yang dibuat oleh seorang pengguna, @yousefslym di Twitter mengenai seorang kanak-kanak perempuan, Miral Abu Amsha berusia 10 tahun meninggal dunia akibat kanser leukimia tanpa kehadiran ibu bapa di sisi.

ADVERTISEMENT



Apa yang lebih menyayatkan hati, ibu bapa Miral telah dihalang oleh Israel untuk melawatnya di sebuah hospital. Menurut Pengarah Hospital Universiti An-Najah di Nablus, Dr. Kamal Hijazi berkata perkara ini telah menyebabkan jiwa mereka meruntun kerana rawatan Miral telah ditangguh selama hampir dua bulan.

Oleh kerana itu, Miral terpaksa mengalami penderitaan sebelum beliau meninggal dunia. Ohmedia rasa sedih bila tengok tindakan zionis ni. Cuba korang bayangkan disaat akhir hidup memerlukan ibu bapa korang, tetapi diorang tak melawat kita disebabkan Israel menghalang diorang. Kejam sungguh gais!

Bukan Miral sorang je tau, malah kanak-kanak lain pun terpaksa menghadapi nasib yang sama seperti Miral. Rata-rata warganet berasa amat bersimpati atas pemergian Miral Abu Amsha. Ohmedia doakan agar rejim zionis akan mendapat balasan setimpal daripada Allah SWT.

OHMEDIA: AL-FATIHAH (DIBACA) BUAT MIRAL ABU AMSHA.

Sumber: Twitter | Hareetz

+ Baca respon pembaca benci rejim zionis di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas