Connect with us

Oh! Media

Justkhai Reborn!

Oh! Khai

Justkhai Reborn!

Justkhai Reborn!

14 Ogos 2014, hari pertama Bella masuk ke rumah. Inilah Pet yang meriahkan hidup kitorang. Sekarang membesar bagai juara dah dalam masa 4 bulan je. Dasat betul. Hehe.

Hari ini 19 Disember 2014 di usia 25 tahun. Since blog Justkhai dah tak wujud lagi seperti asal, sejak dari tu Khai jarang dah update tentang kisah hidup sendiri di dalam blog. Seronok juga dulu sebab dapat kongsi macam2 benda dengan orang yang dikenali ataupun tak pernah pun dikenali dalam internet ni.

ADVERTISEMENT

Justkhai dan seluruh artikelnya masih ada dan masih boleh diakses melalui justkhai.com namun tiada sebarang update terkini akan dibuat lagi di sana. Buat masa ni kalau korang terbaca artikel ni, tahniah dan terima kasih sebab ianya memang tersembunyi jauh di dalam website Oh! Media ni yang merupakan sebuah blog rasmi yang dah combine semua blog Oh! Media dulu ke dalam satu tempat.

Motif kategori Justkhai/Ohkhai ni wujud dalam web Oh! Media ni semata-mata untuk Khai kurangkan berkongsi perkara yang biasanya akan di upload ke dalam Facebook. Niat dihati bila dikongsi tu untuk rujukan peribadi (diari) dan juga berkongsi, tapi tak patut kita kongsikan aktiviti harian secara terbuka terutama kat Facebook tu kan?

Dalam satu dua seronok, nanti keluar tiga empat yang meluat. Haha! So harap sangat dengan kembalinya ruangan istimewa dalam web Oh! Media ni, dapatlah Khai berkongsi apa yang dirasakan perlu dengan tujuan rujukan peribadi atau untuk bacaan sesiapa sahaja yang mengikuti dan tentulah bagi yang secara tak sengaja terjumpa penulisan ini. Heh!!

Singgit lagi nak RM8,000. Harga ni nak angkat 125z tak pun LC bayar cash pun tak ada masalah. Tapi kalau kita yakin benda ni sebagai pelaburan dalam perniagaan, gerenti pulangan dia menanti kat depan.

Oh ya, Alhamdulillah 3 Disember 2014 berkat usaha pagi petang siang malam tak pernah kenal erti jemu, dapat beli sebiji lagi iMac (terfikir dan terus pergi beli. Huuu) untuk ganti iMac yang dah banyak berjasa since tahun 2011 lagi. Beli time office Oh! Media baru-baru wujud lagi masa tu. iMac lama still ok tapi iMac baru dengan 5K Retina Display. Skrin dia sangatlah cantik dan setakat nak buat editing video 4K ataupun tengok video 4K kat Youtube tu, langsung tak jadi masalah.

Moga dengan kehadiran iMac with Retina 5K ni buat diri ini menjadi lebih produktif lagi lebih dari sebelumnya. Alhamdulillah.

Gambar-gambar masa unboxing:

Beza ketebalan iMac lama dengan sekarang ni dasyat betul… Perghh!! Dah la ringan!

iMac lama pada asalnya ingin dijual kat seseorang tapi lepas fikir punya fikir, hadiahkan je la dekat bini. Dia pun orang kuat dalam operasi Oh! Media. Before dia guna Macbook Air buat kerja, sekarang dah ada iMac ni haruslah lagi rajin ye awak? Hehehe.

So buat masa ni itu ajelah yang nak dikongsikan nanti berjanggut plak nak baca. Hehe.. Tq!

Lagi dalam kategori Oh! Khai

Ke Atas