Connect with us

Oh! Media

Jururawat Rakam & Kongsi Cara Guna Sanitizer Dipersoal Orang Atasan?!

Trending

Jururawat Rakam & Kongsi Cara Guna Sanitizer Dipersoal Orang Atasan?!

Korang mesti ingat dengan satu video yang menunjukkan seorang jururawat sedang mengajar cara penggunaan hand sanitizer yang betul. Video itu telah tersebar dan Ohmedia juga ada berkongsi video terbabit termasuk cara-cara membuat hand sanitizer.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, jururawat ini dikatakan telah mendapat tekanan dan dikenakan tindakan oleh pihak atasan yang melihat apa yang dikongsikan oleh jururawat terbabit adalah salah.




Delegasi Jururawat Malaysia dalam satu kenyataan turut mempersoalkan pihak atasan yang mengambil tindakan ini hanya kerana menaikkan video dengan berpakaian seragam.

Kami dapat tahu bahawa terdapat seorang jururawat memberi penjelasan kepada pihak atasan mengapa beliau merakamkan kaedah cucian tangan dengan betul melalui media sosial. Rasional tindakan hanya berdasarkan atas faktor beliau sedang memakai pakaian seragam jururawat. Adakah beliau cuba mempromosikan produk atau mengiklankan dirinya untuk kepentingan diri? Adakah beliau menunjukkan kaedah yang salah dalam menyebarkan pendidikan kesihatan yang berguna kepada masyarakat memandangkan penularan wabak Covid-19? Pihak atasan yang cuba mengekang jasa dan usaha baik jururawat menyebarkan ilmu melalui media sosial adalah kami kira sebagai jahil, cetek dan tidak memahami akan apa itu kejururawatan, semangat dan nilai kejururawatan sebenar. Pada mereka, jururawat itu mempunyai tanggungjawab hanya di penempatan klinikal semata-mata dan tidak seharusnya melaksanakan pendidikan kesihatan berterusan kepada masyarakat tanpa mengira masa dan ketika. – jelas mereka yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak atasan.

Jadi, diharap pihak atas yang diperkatakan tampil memberikan penjelasan mengenai isu ini. Salah ke kita pada waktu ini menggunakan segala sumber yang ada untuk menjalankan kempen kesihatan di luar hospital? Apa pendapat korang?

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang turut tidak bersetuju dengan tindakan orang atasan di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas