Connect with us

Oh! Media

(Video) Jenazah Ashraf Sinclair Tiba Di Rumah, Mungkin Dikebumikan Di Sandiego Hills

Trending

(Video) Jenazah Ashraf Sinclair Tiba Di Rumah, Mungkin Dikebumikan Di Sandiego Hills

Sekali lagi kita dikejutkan dengan pemergian anak seni, Ashraf Sinclair untuk selamanya. Takziah kepada Bunya Citra Lestari, dan seluruh keluarga arwah. Pelakon tersebut dikatakan meninggal dunia selepas mengalami masalah jantung. Berita ini bukan saja mengejutkan pihak dari Malaysia, bahkan di Indonesia pun sama.

ADVERTISEMENT


BACA : Pelakon Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Jenazah tiba di rumah




Dikatakan jenazah telahpun tiba di rumah duka di Pejaten Barat, Jakarta Selatan pada jam 7.33 pagi waktu tempatan tadi. Menerusi laporan Astro Awani, pengebumian Ashraf Sinclair iaitu suami kepada Bunga Citra Lestari ini akan berlangsung di Sandiego Hills pada pukul 8.04 pagi tapi masih belum beri kata putus yang jenazah akan dikebumi di mana lagi kerana ianya masih lagi dalam berbincangan ahli keluarga.






Kesemua ahli keluarga termasuklah yang datang dari Malaysia sedang menguruskan pengebumian jenazah Ashraf yang meninggal dunia awal pagi tadi dan telah meninggalkan seorang anak lelaki, Noah dan juga isteri tercintanya, Bunga Citra Lestari.

Menurut Doddy, pengurus Bunga citra Lestari, dan kesemua yang ada kaitan dengan Ashraf tidak langsung menyangka yang arwah mempunyai masalah sakit jantung disebabkan arwah tidak mempunyai apa-apa rekod penyakit sebelum ini.

OHMEDIA : TAKZIAH DIUCAPKAN KEPADA KELAURGA ARWAH TERUTAMA ISTERINYA YANG TERCINTA, BUNGA CITRA LESTARI. SEMOGA ARWAH ASHRAF SINCLAIR DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN, AMIN!


Sumber : Oh My Media | Siakap Keli | Astro Awani

+ Baca respon pembaca jenazah Ashraf Sinclair tiba di rumah di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas