Connect with us

Oh! Media

Jangan Lupa Musuh Lama Aedes! 1,172 Kes Minggu Lalu Sahaja

Trending

Jangan Lupa Musuh Lama Aedes! 1,172 Kes Minggu Lalu Sahaja

Semua rakyat Malaysia sekarang perlu duduk di rumah berikutan penyebaran wabak COVID-19. Tapi, jangan pula kita lupa dengan kebersihan persekitaran rumah seperti air bertakung yang akhinya menjadi tempat nyamuk Aedes membiak.

ADVERTISEMENT

Kita perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini selepas sebanyak 1,172 kes demam denggi telah dicatatkan di seluruh negara sejak 12 April hingga 18 April sahaja.

Berikut merupakan rekod kes yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut negeri:

– Selangor 596 kes.
– Kuala Lumpur & Putrajaya 151 kes.
– Johor 123 kes.
– Perak 62 kes.
– Negeri Sembilan 54 kes.
– Sabah 54 kes.
– Pahang 37 kes.
– Kelantan 33 kes.
– Melaka 29 kes.
– Sarawak 20 kes.
– Kedah 9 kes.
– Pulau Pinang 4 kes.
– Terengganu 4 kes.

Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

– Muntah berlarutan/berpanjangan.
– Sakit perut.
– Kurang bermaya/sawan.
– Sesak nafas.
– Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
– Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.

Jadi bagaimana kita nak mencegah denggi dan hapus Aedes?

Ia boleh bermula dengan diri kita iaitu elakkan memakai pakaian berlengan pendek dan seluar pendek bila berada di luar rumah. Selepas itu kita perlu menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujang atau lebihan air, terutama di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika korang mempunyai haiwan peliharaan, pastikan air di bekas minuman selalu ditukar.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang benci Aedes di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas