Connect with us

Oh! Media

Rejim Zionis Menyerah Kalah, Azan di Masjid Al-Aqsa Kembali Berkumandang

Umum

Rejim Zionis Menyerah Kalah, Azan di Masjid Al-Aqsa Kembali Berkumandang

Penantian dan penderita yang dialami penduduk Palestin selama 11 hari akhirnya mencapai titik noktah apabila Israel akhirnya bersetuju mengumumkan genjatan senjata bermula pada awal pagi tadi, pukul 2 pagi (Pukul 7 tempatan).

ADVERTISEMENT

Pengumuman yang dinanti itu dibuat oleh perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang menggelar langkah itu sebagai ‘sepakat dan tanpa syarat’ selain tentera hamas juga mengesahkan perkara tersebut dan menyifatkan ia sebagai ‘sepakat dan serentak’.

Genjatan senjata yang diumumkan Israel itu diambil selepas mendapat desakkan dari rakyat mereka serta pemimpin antarabangsa seperti Mesir yang bertindak sebagai perantara dan turut membabitkan kumpulan pejuang kedua paling berkuasa di Gaza, Islamic Jihad.

Kabinet telah menerima cadangan daripada semua pegawai keselamatan untuk meluluskan inisiatif Mesir bagi melakukan gencatan senjata secara bersama tanpa syarat awal.

Sejurus berita itu diumumkan, ratusan penduduk Palestin memenuhi jalan-jalan di Gaza untuk meraikan kemenangan itu selain turut membunyikan hon, melepaskan tembakan ke udara dan sebagainya.

Selain itu, Masjid di Al-Aqsa juga dipenuhi penduduk Palestin untuk meraikan kejayaan mereka dan kelihatan penduduk Palestin yang ingin memasuki masjid di situ bersujud sebelum memasuki masjid itu sebagai tanda rasa syukur selepas masjid suci mereka kembali ke tangan mereka.

Penduduk Palestin turut memenuhi Masjid Al-Aqsa untuk bertakbir sekaligus bersedia untuk solat subuh berjemaah secara besar-besaran. Laungan Azan juga mula kembali berkumandang di masjid itu. Alhamdulilah.

Pertempuran antara Israel dan Palestin bermula pada 10 Mei 2021 dan telah mengorbankan seramai 232 penduduk Palestin termasuk 65 kanak-kanak dan 1,900 tercedera akibat daripada konflik tersebut.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas