Connect with us

Oh! Media

Instagram Tarik Balik ‘Verified Badge’ Bekas Miss Universe Malaysia Selepas Keluarkan Kenyataan Perkauman

Trending

Instagram Tarik Balik ‘Verified Badge’ Bekas Miss Universe Malaysia Selepas Keluarkan Kenyataan Perkauman

Semalam Ohmedia baru jer cerita tentang bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James dikecam hebat dengan warganet di seluruh dunia kerana dia mengeluarkan kenyataan yang berbaur ‘racist’.

ADVERTISEMENT

Apa yang lebih mengejutkan, pihak Instagram telah menarik balik semula logo ‘verified badge’ Samantha sejak awal pagi tadi. Untuk pengetahuan korang, logo tersebut merupakan ia adalah pemilik akaun yang sah ataupun tidak palsu seperti selebriti, jenama dan ramai lagi.


Walaubagamainapun, warganet berasa puas hati dan gembira apabila melihat tindakan itu yang diambil oleh Instagram. Ada segelintir netizen juga mahukan bekas Miss Universe Malaysia untuk memadam akaun tersebut.


Kerana mulut, badan binasa! Itulah peribahasa yang Ohmedia gunakan semalam untuknya. Lain kali sebelum buat apa-apa, kena fikir dulu. Tak pasal-pasal dah hilang ‘verified badge’ terus. Kalau korang nak tahu, Samantha sudahpun membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun miliknya semalam.



OHMEDIA: SENDIRI BUAT, SENDIRI TANGGUNG.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas