Connect with us

Oh! Media

Ibu Bapa Bawa Anak Ke Tempat Awam Akan Dikenakan Tindakan!

Trending

Ibu Bapa Bawa Anak Ke Tempat Awam Akan Dikenakan Tindakan!

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai penguatkuasaan undang-undang terhadap ibu bapa yang membawa anak-anak mereka ke tempat awam.

ADVERTISEMENT

Tindakan keras akan diambil jikalau ibu bapa membuat perkara tersebut tanpa alasan yang kukuh ataupun temujanji yang telah dibuat di hospital. Hal ini menyebabkan kes akan meningkat selepas musim perayaan sekiranya orang awam tidak mematuhi SOP.

Apa yang Ohmedia tahu, orang awam yang ingin merentas sempadan negeri akan dinasihati dan disuruh patah balik oleh pihak berkuasa tetapi kalau nasihat KKM tidak dipedulikan, maka mereka akan guna kaedah penguatkuasaan.

KKM akan berbincang dengan MKN untuk melihat cara penguatkuasaan undang-undang terhadap ibu bapa yang membawa anak mereka ke tempat awam. Kita telah menasihati ibu bapa supaya tidak membawa anak mereka ke tempat awam seperti di pasar raya atau hospital tanpa temujanji. Tetapi sekarang kita akan bincang bagaimana kita nak kuatkuasakan undang-undang terhadap ibu bapa yang masih ingkar. Kalau kaedah lembut sekarang tidak berjaya, kita akan gunakan kaedah penguatkuasaan. Jika orang awam tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kes akan meningkat terutama selepas musim perayaan dan ini membimbangkan KKM. Buat masa ini jika nak balik ke kampung, kita hanya nasihat dan suruh patah balik, tapi kalau nasihat KKM tidak diendahkan kita akan gunakan kaedah penguatkuasaan. -kata Dr Noor Hisham dalam sidang media harian Covid-19

OHMEDIA: TAK PAYAH LAH BAWA KE TEMPAT AWAM KALAU SAYANG ANAK!

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas