Connect with us

Oh! Media

Tergempar! Rakyat Tak Percaya RON95 & RON97 Turun Sehingga RM1.44 & RM1.74

Trending

Tergempar! Rakyat Tak Percaya RON95 & RON97 Turun Sehingga RM1.44 & RM1.74

Mengejutkan! Ohmedia rasakan ini adalah penurunan yang sangat banyak untuk minggu ini yang tidak dapat kita jangkakan. Harga runcit petrol bagi 21 hingga 27 Mac ini bagi RON95, RON97 dan Diesel masing-masing mengalami penurunan yang mendadak iaitu sebanyak 38 sen RON95, 36 sen RON97 dan 12 sen Diesel.

ADVERTISEMENT

Ini menjadikan harga runcit seliter bagi RON95 RM1.44, RON97 RM1.74 dan Diesel RM1.75. Ini mungkin penurunan yang sangat banyak dalam tempoh beberapa tahun ini. Ohmedia pun tak ingat yang pernah atau tidak isi minyak RON95 dengan harga RM1.44 ni.




Bagaimanapun, rakyat masih tertanya-tanya samaada dengan penurunan harga minyak ini akan menurunkan juga harga barang? Maklumlah, sebelum ini peniaga dan tauke besar sudah menjadikan kenaikan harga minyak sebagai alasan untuk mereka untuk menaikkan harga barang.

Mungkin penurunan harga minyak ini ada kaitan dengan kejatuhan harga minyak dunia. Tetapi, kawalan harga barang tetap perlu diambil berat dan terus dikawal.

OHMEDIA: MINYAK SUDAH TURUN! BOLEH PERGI PENUHKAN TANK JAM 12.01 PAGI INI. TAPI JANGAN MERAYAU KEMANA-MANA PULA YA! PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MASIH TETAP DITERUSKAN.

Sumber: KPDNHEP

+ Baca respon pembaca yang suka dengan penurunan harga minyak di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas