Connect with us

“Dah Lah Peserta Berumur, Paling Berisiko Dapat Jangkitan” – Netizen

Oh! Artis

“Dah Lah Peserta Berumur, Paling Berisiko Dapat Jangkitan” – Netizen

Ramai ke peminat Gegar Vaganza 7 (GV7) dekat sini? Dengar cerita program realiti ni tetap berjalan macam biasa walaupun dalam tempoh PKPB. 

Apa yang istimewanya konsert itu akan berlangsung tanpa penonton! Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, ia bertujuan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah pun diberi oleh kerajaan.

“Hanya kru produksi dan tenaga kerja yang berdaftar dibenarkan berada di lokasi untuk mengawal jumlah bilangan kehadiran pada suatu masa.” katanya.

Tapi, tinjauan kami di Twitter mendapati ramai juga netizen yang kurang bersetuju dengan keputusan ni.

Haih, ohmedia pun tak tahu nak komen apa. Kalau rancangan tak diteruskan, netizen bising pulak tiada hiburan baru untuk ditonton di rumah. Bagi kami, tak salah kalau rancangan realiti ini berlangsung macam biasa, asalkan setiap dari kita sedar akan tanggungjawab dan peranan masing-masing. Mungkin artis Malaysia juga boleh tiru sikap artis luar negara seperti Lady Gaga dan Ariana Grande yang tetap memakai pelitup muka sewaktu konsert mereka.

OH MEDIA: NASIB BAIK TEMA MINGGU NI BUKAN IRAMA MALAYSIA HEHEHE

Kredit: Berita Harian

Let go, and let God :)

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

To Top