Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Baju Yang Diberi ‘Awek’ Kena Rembat, Adik Simen Mayat Abang Dalam Tong Air

Trending

Gara-Gara Baju Yang Diberi ‘Awek’ Kena Rembat, Adik Simen Mayat Abang Dalam Tong Air

Innalillahiwainnailaihirojiun. Ohmedia rasa sedih bila melihat kejadian seperti ini apabila seorang adik sanggup membunuh abangnya sebelum disimenkan ke dalam tong air berwarna biru gara-gara adik bengang melihat baju yang diberi teman wanita dipakai oleh abangnya.

ADVERTISEMENT




Kejadian yang menyayatkan hati ini telah berlaku di Kampung Padang Hassan, Kepala Batas, Alor Setar dan berjaya menahan suspek pada pukul 7 pagi semalam. Mangsa yang bernama Mohd Hasnul Nizar Khairul Anuar berusia 34 tahun dipercayai dibunuh pada petang Jumaat lalu.

Korang nak tahu macam mana suspek boleh kantoi? Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad, suspek yang berusia 25 tahun itu berasa tidak sedap hati dan menceritakan apa yang berlaku dekat seorang lagi abang tau.

Berikutan itu, abang mangsa menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu. Susulan kejadian, anggota kami menahan suspek dan menemui tong berkenaan. Si mati tidak bekerja, manakala adiknya iaitu suspek pula bekerja sebagai penjual ayam goreng. Berdasarkan siasatan awal, punca kejadian disebabkan baju yang diberi teman wanita suspek sering dipakai abang menyebabkan adiknya berang. Namun, siasatan masih dijalankan.

Walau bagaimanapun, pihak polis telah merampas beberapa barangan termasuk pisau dan juga kereta sorong yang digunakan semasa kejadian membunuh itu. Kes ini mengikut Sekseyen 302 Kanun Keseksaan kerana suspek telah membunuh.

Ingatlah, adik-beradik selalu ada dengan korang bila susah dan senang. Jangan disebabkan teman wanita, korang sanggup membunuh adik-beradik sendiri. Teman wanita boleh cari pengganti, adik-beradik?

Tiada siapa boleh jadi pengganti mereka sebab darah mereka adalah sama yang mengalir di dalam badan kita. Family always comes first, gais! Jadi, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

OHMEDIA: SEMOGA SUSPEK KESAL DENGAN APA YANG BERLAKU.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca sayang adik-beradik di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas