Connect with us

Frontliner Luah Rasa Kecewa Terhadap Kluster ‘Selfish’, Akui 2 Bulan Kuarantin Di Makmal

Oh! Tidak

Frontliner Luah Rasa Kecewa Terhadap Kluster ‘Selfish’, Akui 2 Bulan Kuarantin Di Makmal

Ohmedia rasa sedih apabila membaca coretan daripada salah seorang petugas barisan hadapan di Facebook yang bernama Ily Munira baru-baru ini mengenai sikap segelintir individu mementingkan diri sehingga menyebabkan kes jangkitan wabak Covid-19 meningkat di negara kita.

Kami “bersama” COVID19 di makmal dari bulan February 2020 lagi. Kami “dikuarantin” di makmal dah dua bulan lebih. Kadang makan pun kami tak sempat, ke toilet pun kami skip. Selalunya kami balik pukul 2 pagi dan ke atas. Usah tanya pukul 5 petang, dah lama tak bersua dengan petang. Makanan yang disediakan, apapun rasanya, kami harus jamah. Apapun rasanya kami hanya “telan tanpa kunyah” dek fikirkan sampel-sampel COVID19 yang menunggu untuk disaring. Ya. Faham ramai tak faham. Meh bagi faham. Sampel COVID19 paling-paling nak dapat keputusan 6 jam.Bila dah mengadap sample, tak tahu bila siang bila malam. Hanya azan jadi penentu masa. Sekarang,sampel bertambah dek kerana cluster “manusia selfish” (maaf). Kami korban masa. Kami tak ada lagi masa bersama tersayang. Anak-anak ditinggal dengan pertanyaan “bila mama nak balik?” “Hari ni mama balik lambat lagi ke?” Mampu nak hadap soalan tu hari-hari? Kuatkah emosi?

Kalau korang nak tahu, sikap individu yang pentingkan diri telah menyebabkan mereka dikuarantin di makmal selama 2 bulan lebih tau. Tak rasa kesian dekat frontliners ke gais? Diorang pun ada keluarga juga.

Kami kuat jika sampel-sampel tu dari manusia yang tak angkuh. Kami kuat kalau sampel-sampel tu dari manusia yang bersyukur. Ini tak, apa yang kami dapat? Kami dapat sampel manusia yang balik overseas and keep on complaining. Kami dapat sampel manusia yang sambil lewa “alah,tak pe,COVID19 bla bla bla” Kami dapat sampel dari manusia ingkar PKP. Penat. Penat dengan sikap manusia macam ni. Frontliners seperti badan-badan kerajaan yang terlibat, polis, pihak berkuasa yang lain dan semua yang terlibat COVID19 termasuklah diswasta rasanya dah habis ikhlas dah buat kerja demi negara. Cuma dek kerana manusia “eh duk sini memang macam hotel tapi makanan out..” kami letih! Benar Imam Syafi’i berkata : “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu, tapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, karena orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”. Sangat salute dengan DG KKM kami yang tenang. Dia juga manusia tapi pernah dengar dia cakap letih? Tak pernah kan. Kami harap kami pun kuat macam dia mampu pamir wajah tenang menghadap segalanya. Bersyukur dan beradab. Tak minta banyak, tolonglah, kami juga insan yang mahu bersama tersayang dan perlu rehat. Sekian coretan pukul 2am baru pulang oncall dan terbaca kisah “manusia duduk hotel dan tak bersyukur”

Jadi, fikir-fikirkanlah apabila frontliners meluahkan rasa kecewa terhadap orang macam ni. Ohmedia cuma nak pesan dekat korang, tolong patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) daripada pihak kerajaan.

Kesian tau tengok frontliners bertungkus lumus macam ni yang terpaksa mengorbankan masa dan nyawa demi merawat pesakit-pesakit positif Covid-19 di hospital. Ohmedia percaya kita semua boleh memutuskan rantaian wabak ni. Buktikan kepada Malaysia yang Kita Pasti Menang!




OHMEDIA: TERIMA KASIH FRONTLINERS! STAY AT HOME DAN STAY SAFE.

Sumber: Facebook

+ Baca respon pembaca sayang frontliners di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top