Connect with us

Oh! Media

Syarikat Penerbangan Jarak Jauh Terbesar Dunia Emirates Juga Dicadang Kurangkan 30,000 Pekerja

Trending

Syarikat Penerbangan Jarak Jauh Terbesar Dunia Emirates Juga Dicadang Kurangkan 30,000 Pekerja

Berita seperti ini sudah dijangkakan pasti akan kita dengar selepas dunia masih berperang dengan musuh wabak pandemik COVID19 sehingga hari ini. Berita yang Ohmedia maksudkan apabila sebuah syarikat penerbangan terbesar dunia iaitu Emirates Group juga dilaporkan terpaksa membuat pertimbangan untuk menggugurkan kira-kira 30,000 kakitangannya.

ADVERTISEMENT

Memang tidak dapat dinafikan bahawa industri penerbangan antara yang paling mengalami penjejasan paling teruk apabila terpaksa membatalkan semua penerbangan ke mana-mana negara. Ini ditambah pula dengan penutupan pintu masuk di kebanyakan negara yang memaksa keputusan seperti ini diambil.

Jika ini berlaku, pengurangan pekerja sebanyak 30,000 orang ini akan menjadi pengurangan terbesar dalam industri penerbangan global. Emirates Group merupakan syarikat penerbangan jarak jauh terbesar dunia dan pengurangan sebanyak 30 peratus daripada 105,000 pekerjanya itu kini sedang dipertimbangkan.

Tidak ada pengumuman yang dibuat mengenai pemberhentian kerja besar-besaran di syarikat penerbangan. Penjimatan tunai, melindungi perniagaan kami, dan memelihara sebanyak mungkin tenaga kerja mahir kami tetap menjadi keutamaan kami. – Ini pula apa yang dikatakan oleh wakil dari Emirates.

Mahu ataupun tidak kita perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku dan semoga negara kita Malaysia dapat bertahan dan berjaya mengharungi cabaran ekonomi yang terbesar ini.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang mengikuti perkembangan dunia di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas