Umum

Email anda masuk ke dalam Clutter ‘folder’ di dalam Microsoft Outlook?

Published on

Jika anda menggunakan “Microsoft Outlook”, dan nampak beberapa email masuk ke dalam folder “Clutter”, jangan khuatir, jangan takut. Sistem “Clutter” ini hanya ada jika anda menggunakan “Office 365”.

Apa itu “Office 365”?

Senang je, “Office 365” ni macam applikasi “Microsoft Office” yang ada pada komputer mahupun komputer riba, atau pada smartphone tidak kira “Word” ke, “PowerPoint” ke, kesemuanya mampu untuk beroperasi secara talian. Macam susah nak paham pulak. Senang cite, “Microsoft Office” anda sume dalam talian atau “ONLINE”. So pasni senang la nak buat kerja tak kira di mana anda berada, anda masih boleh mencapai semula file-file yang disimpan di dalam storage “Cloud” yang disediakan oleh “Microsoft”.

Okay, kita sambung bab clutter ni. ‘Clutter’ ialah fungsi email “filtering” dimana ia hanya terdapat pada pengguna “Office 365”. Fungsinya lebih kurang sama dengan “Anti-Spam filter” dimana email yang kurang dilihat atau kurang dilayan akan dimasukkan di dalam folder “Clutter” mengikut habit anda. Kalau anda jarang baca email, sistem ini akan automatik masukkan email-email yang jarang dibaca ke dalam folder yang sepatutnya iaitu folder “Clutter”. Anda tak perlu tekan pun, sistem akan buatkan untuk anda.

Okay, macam mana nak buang fungsi “Clutter” ini dalam “Outlook” anda? Boleh rujuk caranya di bawah

Mula sekali, bukak portal “Microsoft Online” anda, masukkan nama pengguna dan kata laluan. Selepas itu anda boleh nampak pelbagai produk yang anda telah daftar seperti di bawah.