Connect with us

Doktor, Bayi Maut Dalam Satu Kemalangan Selamat Dikebumikan

Oh! Tidak

Doktor, Bayi Maut Dalam Satu Kemalangan Selamat Dikebumikan

Semalam, kita dikhabarkan dengan pemergian seorang anggota kesihatan, Dr Nooranisah Mohd Razali yang berumur 31 tahun yang juga merupakan petugas barisan hadapan yang meninggal dunia akibat van Jabatan Kesihatan yang dinaikinya mengalami kemalangan jalan raya di Jalan Gua Musang-Krai.




Anak kepadanya, Mohammad Fitri Yusof Muhammad Hafiz Zulhilmi yang berusia sembilan bulan juga meninggal dunia bersamanya sewaktu kejadian berlaku. Berita Harian melaporkan yang kedua-dua mangsa selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang pada pukul 9.55 malam semalam. Sebelum itu, dikatakan yang jenazah dua beranak itu dibawa ke kediaman mereka di Jalan Sekolah Cina, Rantau Panjang menggunakan van jenazah dan diiringi kenderaan polis pada jam 8.35 malam.

Jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan pada jam 9.20 malam dan hanya dihadiri 20 ahli keluarga disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca doktor dan bayinya maut di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top