Connect with us

Oh! Media

Dah Tak Perlu Tambah Nilai, Kini Tap Saja Kad Debit Di Tol! Mudah Sangat

Lalu tol dan bayar guna debit

Branded

Dah Tak Perlu Tambah Nilai, Kini Tap Saja Kad Debit Di Tol! Mudah Sangat

Siapa yang selalu sangat lalu tol, korang ingat lagi tak dulu kita pernah guna tiket? Nostalgianya, bila ingat balik kecil-kecil dulu selalu minta dekat ayah nak pegang tiket tol tu. 

Tapi sekarang ni dah banyak dah cara untuk bayar di tol macam Touch ‘n Go, RFID, SmartTAG dan sekarang ni terbaru korang boleh bayar tol menggunakan pembayaran Debit! Mudahkan?

Kenapa kami kata mudah? Sebab kadang-kadang bila kita lalu RFID dan SmartTAG, akan ada potensi untuk kita lalui situasi di mana RFID atau SmartTAG kita tak dapat dikesan. Dah kena gostan betul tak? 

Jadi, memang mudah dan selamatlah kalau guna sistem pembayaran menggunakan kad Debit di tol ni. 

Mudah sebab korang hanya perlu tap saja kad dan ia hanya mengambil masa lebih kurang 10 saat saja untuk transaksi dilakukan. 

Manakala, pembayaran ini juga selamat untuk korang sebab maklumat dan pin korang memang dilindungi dengan end-to-end encryption. Baguskan?!

Tapi, lebuhraya mana yang menggunakan sistem pembayaran Debit ni? Haa, kalau nak tahu, meh sini meh kami kongsi: 

– Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)

– Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

– Lebuhraya Guthrie (GCE)

– Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

– Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE)

– Lebuhraya Maju (MEX)

– Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)

– Terowong SMART

– Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (BKE)

– Lebuhraya Jambatan Pulau Pinang (JPP)

– Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur (AKLEH)

– Lebuhraya SPRINT

Haa, siapa yang ada lalu salah satu lebuhraya ni, dah boleh lah cuba guna pembayaran Debit di tol nanti.

Nak guna pun senang saja tau. Korang perlu tap saja kad Debit pada logo MyDebit-Visa-Mastercard dan ia akan tolak baki daripada kad Debit korang. Senangkan, pastikan dalam kad korang ada duit okay?!

Untuk penduduk Pulau Pinang, korang boleh nikmati diskaun apabila menggunakan lebuhraya Jambatan Pulau Pinang dengan memohon dan mendaftar kad bank di laman web ditetapkan untuk nikmati diskaun sebanyak 20%. 

Jadi, korang tunggu apa lagi, jom lah beralih kepada pembayaran lebih mudah sekarang! Maklumat lanju, layari laman web rasmi paywithdebit atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram sekarang. 

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas