Connect with us

COVID-19 : Atlet Pertama Negara Kini Berada Dalam Keadaan Stabil

Oh! Tidak

COVID-19 : Atlet Pertama Negara Kini Berada Dalam Keadaan Stabil

Sepertimana yang korang tahu bahawa atlet pertama negara iaitu Jackie Wong disahkan positif wabak Covid-19 pada hari Isnin yang lalu. Walau bagaimanapun, keadaan beliau kini berada dalam keadaan stabil dan sihat.

Menerusi laman Facebook Jackie, beliau juga memberitahu sedang menjalani pemantauan dan rawatan lanjut di sebuah hospital yang terletak di Sibu, Sarawak dan menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi berita palsu yang belum disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Saya juga ingin menegur di sini supaya jangan mengeluarkan atau berkongsi berita yang palsu dan belum disahkan oleh KKM. Anda amat dihargai! Mengenai dengan ayah saya, keadaan beliau pada hari ini lebih baik berbanding beberapa hari lepas, meskipun masih menggunakan alat bantuan pernafasan.

Kalau korang nak tahu ayahnya, Wong Ling Bui merupakan seorang Ahli Parlimen Sarikei juga disahkan positif wabak Covid-19 sehari sebelumnya dan manakala Jackie pula merupakan seorang atlet baling tukul besi negara yang memegang rekod kebangsaan dengan jarak 68.22 meter.

OHMEDIA: SEMOGA RAKYAT MALAYSIA YANG TERKENA WABAK COVID-19 CEPAT SEMBUH! INSYAALLAH, AMIN.

Sumber: Bernama

+ Baca respon pembaca takut koronavirus di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top