Connect with us

COVID-19 : 110 Kes Baru Positif Covid-19, Jumlah Kumulatif Meningkat Kepada 900 Kes

Oh! Tidak

COVID-19 : 110 Kes Baru Positif Covid-19, Jumlah Kumulatif Meningkat Kepada 900 Kes

Menerusi laporan Bernama, Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr Adham Baba berkata sebanyak 110 kes baru yang positif Covid-19 sehingga menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 900 kes setakat 12.00pm pada hari ini.

Sehingga kini, seramai 20 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau juga mengatakan bahawa kluster perhimpunan tabligh yang diadakan di Masjid Sri Petaling baru-baru ini adalah 63 daripada 110 kes yang baru itu. Gais, Ohmedia harap korang tak keluar rumah ya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ni.




Korang boleh keluar hanya untuk membeli barang keperluan jer. Bukan apa, Perintah Kawalan Pergerakan ni sebenarnya adalah untuk memutuskan rantaian jangkitan agar wabak ini dapat dihapuskan. Jangan degil tau!

Kalau korang nak wabak Covid-19 ni dihapuskan dengan segera, sila patuhi arahan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jikalau tidak, kemungkinan kita akan masuk gelombang ketiga kerana peluang Malaysia untuk sembuh dari wabak ini akan menjadi sangat tipis sekiranya masih ada pihak yang mementingkan diri. Stay safe everyone!

OHMEDIA: PLEASE STAY AT HOME!

Sumber: Bernama | Youtube

+ Baca respon pembaca takut koronavirus di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top