Connect with us

Oh! Media

Cermin Kereta Suspek Diketuk Punca Mengamuk Langgar Peniaga

Trending

Cermin Kereta Suspek Diketuk Punca Mengamuk Langgar Peniaga

Semalam kecoh di media sosial menunjukkan video di mana sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki mengamuk dengan merempuh peniaga tapak bazar Bukit Sentosa dan merempuh orang awam.

ADVERTISEMENT

Kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang 22 Mei 2020 itu telah menyebabkan beberapa orang tercedera dan dapat dilihat beberapa anggota RELA dan orang awam cuba menghentikan pemandu gila dengan membalik objek keras.

Terlalu banyak cerita yang dikatakan punca kepada kejadian ini dan hasil dari siasatan polis mengatakan ia bermula apabila cermin kereta suspek telah diketuk dari luar ketika dia membunyikan hon untuk melepasi jalan sesak berhampiran Jalan Besar Bukit Sentosa sehingga menyebabkan dia bertindak gila.

Dalam kejadian pada jam 6.35 petang, lima individu termasuk seorang wanita turut dilaporkan cedera akibat dirempuh kereta suspek. Kesemua mangsa berusia antara 40 hingga 50 tahun itu dikatakan berada dalam keadaan stabil. Setakat ini, kita kenal pasti dua kereta, dua motosikal dan dua khemah di tapak perniagaan rosak kerana dilanggar kereta suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor iaitu Superintendan Arsad Kamarudin.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.




Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas