Connect with us

Oh! Media

Bintang Bola Sepak Israel Ubah Suai Gambar Solidariti Pemain Man Utd

Umum

Bintang Bola Sepak Israel Ubah Suai Gambar Solidariti Pemain Man Utd

Bukan sahaja selebriti tempatan mahupun luar negara, ramai pemain bola antarabangsa meluahkan tanda sokongan kepada negara Palestin yang dibedil oleh negara Israel dengan mengibarkan bendera Palestin usai tamat perlawanan bola sepak.

ADVERTISEMENT

Terdahul, pemain bintang Manchester United, Paul Pogba dan Amad Danilo menzahirkan rasa sokongan kepada negara Palestin dengan mengibarkan bendera tersebut selepas tamat sebuah perlawanan di Liga Inggeris.

Akan tetapi, bintang bola sepak Israel, Eran Zahavi bertindak untuk mencuri gambar itu sebelum mengubah suai bendera Palestin yang dikibarkan oleh pemain Man utd itu dengan bendera Israel sebelum memuat naiknya di Instagram Story.

Gambar asal sebelum diubah suai Zahavi

Tindakan pemenang kasut emas Liga Super China itu bagaimanapun mengundang pelbagai kontroversi selain netizen turut menyifatkan pemain itu sebagai ‘koyak’ kerana tidak boleh menerima hakikat rata-rata bintang bola sepak menyokong Palestin.

Gambar yang diubah suai itu beserta ucapan “Terima Kasih, Kami menghargai sokongan anda di seluruh dunia” itu seakan-akan menunjukkan pemain Man utd itu mengibarkan bendera Israel.

Bukan itu sahaja, Zahavi yang kini beraksi bersama PSV Eindhoven  juga turut mengubah suai gambar barisan pemain Leicester City selepas kelab itu memenangi Piala FA, Sabtu lalu.

Gambar pemain Leicester city yang diubah suai oleh Zahavi menggantikan dengan bendera Israel

Pemain Leicester City, Hamza Choudhury dan Wesley Fofana dilihat memegang bendera Palestin dan mengelilingi Stadium Wembley selepas menewaskan Chelsea sebelum diubah suai oleh Zahavi dengan menggantikan dengan bendera Israel.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas