Connect with us

Bayi Yang Baru Berusia 30 Jam Disahkan Mangsa Koronavirus

Oh! Tidak

Bayi Yang Baru Berusia 30 Jam Disahkan Mangsa Koronavirus

Wabak koronavirus ini semakin hangat diperkatakan dari hari ke hari. Seperti yang semua orang tahu wabak koronavirus ni mampu menjangkiti seseorang hanya dengan beberapa saat je! Risiko ni akan jadi lebih tinggi bila korang tak pakai penutup mulut semasa berada di tempat awam. Sebabnya, mungkin ada di kalangan orang awam ni yang positif koronavirus yang kita taktahu.

Menurut sumber yang Ohmedia baca, seorang bayi yang berusia 30 jam telah dijangkiti virus ini. Dikatakan, wabak ini tersebar melalui si pembawa iaitu ibunya sendiri yang telah di jangkiti virus ini sebelum melahirkan bayi itu. Kesiannya bayi tu!

Hasil keputusan x-ray yang telah dilakukan bayi malang ini turut mempunyai jangkitan di bahagian dada dan hati. Perkara ini juga telah di sahkan oleh doktor-doktor di Hospital Wuhan children, berkenaan jangkitan virus ini berpunca daripada ibunya sendiri. Walaupun bayi ini kelihatan normal, namun bayi ini menghidapi masalah pernafasan.

OHMEDIA: PESANAN OHMEDIA, KORANG SEMUA KENALAH JAGA KESIHATAN DIRI DAN SENTIASA PAKAI PENUTUP MULUT LAGI-LAGI IBU YANG SEDANG MENGANDUNG, KESIAN BAYI YANG TAK BERSALAH TU TAK PASAL-PASAL TERKENA JANGKITAN JUGAK.

Sumber: Borakdaily

+ Baca respon bayi hidap koronavirus ini di Facebook Oh! Media.

"Kalau Tak Pasti Jangan Kongsi..Respect!"

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top