Connect with us

Oh! Media

(Video) Bayi 3 Bulan Tercampak Keluar Dari ‘Stroller’ Selepas Kena Rempuh Dengan Pemandu Mabuk

Trending

(Video) Bayi 3 Bulan Tercampak Keluar Dari ‘Stroller’ Selepas Kena Rempuh Dengan Pemandu Mabuk

Semakin hari semakin banyak kes kemalangan yang berlaku di atas jalan raya disebabkan kecuaian pemandu kan? Rasa-rasanya bukan dekat Malaysia je terjadi seperti ini, malah dekat negara lain pun ada tau.

ADVERTISEMENT

Orang tu yang mabuk, kita yang jadi mangsa! Baru-baru ini, ada satu kemalangan yang berlaku di Energodar, Ukraine melibatkan bayi 3 bulan tercampak keluar dari stroller selepas kena rempuh dengan sebuah kereta jenis ZAZ Slavuta berwarna putih.




Menurut Daily Mail, ibu kepada bayi itu, Maria Tkachenko berusia 34 tahun memberitahu bahawa pemandu tersebut berlari ke arahnya dan memohon maaf. Dia juga merasakan bau alkohol yang kuat daripada pemandu itu.

Walau bagaimanapun, bayinya telah dibawa ke hospital Zaporizhia Regional Children bahagian Intensive Care Unit (ICU) dimana doktor mengatakan bahawa ia adalah satu keajaiban yang bayi lelaki itu selamat dan tidak mempunyai kecederaan yang teruk. Alhamdulillah.

It’s a miracle that the boy survived and apparently did not receive severe injuries. He does not have visible signs of head trauma or bone fractures. His condition is stable. We are monitoring him 24 hours a day.

Kalau korang nak tahu, pemandu yang berusia 39 tahun itu telahpun ditahan oleh pihak polis dan dihantarkan untuk pemeriksaan kesihatan tau. Perubatan mendapati ada 1.85 ppm alkohol dalam darahnya yang sembilan kali melebihi had.

Jadi, suspek menghadapi tiga tahun penjara jika didapati bersalah gais. Nasib baiklah ada dashcam merekod segalanya. Sebab itulah betapa pentingnya kita kena ada dashcam untuk dipasangkan ke dalam kereta kita.

OHMEDIA: PANDU CERMAT. BIAR LAMBAT, ASALKAN SELAMAT.

Sumber: Daily Mail

+ Baca respon pembaca benci pemabuk di Facebook! Oh Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas