Connect with us

Oh! Media

Bayern Berjaya Cipta Kemenangan Walaupun Beraksi Tanpa Penyokong

Trending

Bayern Berjaya Cipta Kemenangan Walaupun Beraksi Tanpa Penyokong

Pasukan gergasi Jerman, Bayern Munich kembali meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan FC Union Berlin 2-0 di saingan Bundesliga awal pagi tadi. Meskipun beraksi tanpa penyokong di Stadium akibat Covid-19, ianya tidak menjadi penghalang untuk Bayern kekal berada di puncak liga.

ADVERTISEMENT




Pasukan tuan rumah dikejutkan dengan gol pertama Bayern pada minit ke-17 hasil jaringan Thomas Muller selepas menerima hantaran pendek dari Gnabry. Walaubagaimanapun, jaringan tersebut dibatalkan kerana Muller berada di kedudukan offside. Bayern Munich akhirnya berjaya memecah kebuntuan untuk menghasilkan jaringan pertama pada minit ke-40 menerusi sepakan penalti yang diambil Lewandowski selepas beliau sendiri dijatuhkan oleh pemain pertahanan Union Berlin, Subotic.




Bersambung separuh masa kedua, kedua-dua pasukan berjaya mengatur serangan dan mempunyai peluang untuk untuk menghasilkan jaringan namun gagal disempurnakan dengan baik. Bayern Munich berjaya menambah gol kedua pada minit ke-80 melalui sepakan penjuru yang diambil Kimmich lalu disempurnakan dengan baik hasil tandukan dari Pavard. Keputusan 2-0 tamat sehingga wisel penamat. Kedudukan Bayern sebagai pendahulu liga kini dipisahkan 4 mata dengan Borussia Dortmund yang mengekori rapat di tangga kedua.

OHMEDIA: NAMPAKNYA AKAN BERLAKU PERSAINGAN SENGIT ANTARA BAYERN DAN DORTMUND UNTUK MEREBUT KEJUARAAN BUNDESLIGA TAHUN INI


+Baca respon pembaca Bayern berjaya cipta kemenangan walaupun beraksi tanpa penyokong di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas