Connect with us

Oh! Media

Bapa Terlupa Hantar Ke Taska, Bayi Maut Ditinggalkan Dalam Kereta

Trending

Bapa Terlupa Hantar Ke Taska, Bayi Maut Ditinggalkan Dalam Kereta

Seorang bayi perempuan meninggal dunia disebabkan ayahnya terlupa yang mangsa berada didalam kereta. Bayi yang baru saja berusia sembilan bulan itu meninggal dunia selepas ayahnya keluar dari kereta untuk pergi bekerja dan tanpa sengaja tinggalkannya didalam kereta selepas menghantar isterinya pergi bekerja.

ADVERTISEMENT

Kejadian berlaku di Kompleks Tun Razak, Kuantan semalam. Bapanya yang berusia 38 tahun kemudian keluar untuk makan tengah hari dan perasan yang anaknyanya itu masih berada didalam kereta dan terbaring di carseat dekat tempat duduk belakang kereta. Allahu! Dikatakan mangsa berada hampir 4 jam didalam kereta dari 9 pagi hingga 1 tengah hari. Bapanya sepatutnya menghantar mangsa ke taska terlebih dahulu sebelum pergi ke tempat kerja.

Bayi itu telah dibawa ke klinik Kesihatan Indera Mahkota dengan menaiki motosikal yang ditunggang orang awam dan telah disahkan meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat. Pihak berkuasa mengatakan yang kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan terperinci akan dilakukan dengan mengambil kira semua aspek termasuklah dari salah laku jenayah ataupun kecuaian.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga tabah dan diharapkan kes sebegini tidak terjadi lagi.

OHMEDIA : KECUAIAN ADALAH SATU KEGAGALAN, BELAJAR DARI KESILAPAN DAN TIDAK MENGULANGINYA LAGI DI MASA AKAN DATANG!

Sumber : Oh My Media

+ Baca respon pembaca bayi maut ditinggalkan dalam kereta di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas